Tidak banyak yang berubah keadaan fizikal Kuala Lumpur tempat yang pernah melimpahkan kasih dan rezeki buat aku yang kerdil sebelum berhijrah ke Seremban dan sekarang di Bumi Kenyalang. Juga yang tidak pernah berubah ialah stesen LRT Sri Rampai yang masih belum dibuka walaupun sudah 12 tahun ia beroperasi, mungkin tidak mahu menerima nasib seperti stesen LRT Abdullah Hukum yang dihukum dengan kekurangan penumpang.
Namun berlaku juga penambahbaikan dari segi kemudahan gerabak-gerabak yang mempunyai bau lebih wangi serta tiada air yang menitik daripada penyaman udara seperti selalu. Malangnya sistem RAPID KL yang sentiasa berubah kadang-kala menyusahkan orang ramai yang asyik terpaksa mengingati nombor bas untuk ke suatu tempat. Jika 12 tahun dahulu ramai yang menempelak sistem bas mini yang kelam kabut sedarlah dengan hanya RM0.50 aku tanpa menunggu lama boleh bergerak dari Lembah Pantai ke Pasar Seni dalam masa 10 minit!.

No comments:
Post a Comment