Monday, July 05, 2010

Apabila terlampau ke hadapan!

Windows 7 itulah Operating System yang terbaru dipasarkan di Malaysia (sebenarnya sudah lama di AS) bagi menggantikan Windows Vista (hanya dipasarkan di negara membangun) yang sangat berat untuk komputer yang hanya mempunyai 2GB RAM. Sebagai orang yang bergiat cergas dalam perniagaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) secara skala kecil bersama Azam (kadar keuntungan cukup untuk menampung tambang aku pulang ke Perak), aku tidak ketinggalan menggunakan applikasi tersebut dalam komputer riba aku. Itupun setelah 3 (tiga) hari 3 (tiga) malam aku yang memiliki Ijazah dalam Pengajian Melayu melakukan format berkali-kali walaupun masa sebenar tidak sampai 2 (dua) jam sahaja bagi orang yang mahir seperti Azam.
-
Segalanya berjalan dengan baik kerana Windows 7 dapat menyesuaikan diri dengan semua Freeware yang berada di laman web. Masalah mula timbul apabila ia tidak dapat menyesuaikan diri dengan peranti output seperti pencetak dan pengimbas, tambahan pula peranti berjenama tersebut tidak melakukan kemaskini terhadap driver tersebut di laman web mereka. Window 7 juga tidak package seperti Windows Vista kerana perisian seperti Windows Movie Maker tidak disediakan.
-
Untuk menambah kekalutan, aku telah bertungkus lumus menyediakan alat bantu mengajar dalam bentuk softcopy selama satu hari semalam, malangnya hari ini ia tidak dapat digunakan kerana elektrik dicatu mulai hari ini selama 10 jam sehari (satu perkara yang tidak patut dilakukan jika sesebuah kerajaan mahu kekal memerintah). Ini membuatkan aku terpaksa menggunakan kaedah alat bantu mengajar dalam bentuk hardcopy seperti 15 tahun yang lampau. Percaya atau tidak walaupun kita rasa kita sudah mendahului yang lain dalam sistem applikasi di komputer kita, apabila kita bangun pagi esok sudah ada applikasi baru menggantikannya, persoalannya adakah kita dapat menggunakannya?


3 comments:

cryclown said...

huhu..cabaran tuk kita..ada guru msih sukakan teknik tradisional...

masa depan susah mahu diceritakan..pengalaman ada tuk mengatasi segala persoalan..
hahaha..menjawab soalan tak:P

Najwa Aiman said...

Bos-bos tua kompeni besar bila lagi nak belajar access public server ek...?

Dan... hakim mahkamah tak boleh ke digitalize judgment untuk memudahkan indexing dan carian? Ada sesiapa yang nak venture dalam projek macam ni tak?

Maswafi Abd Samat said...

Sebenarnya ramai yg tidak mahu berubah menggunakan ICT, aku sendiri pernah di tegur bulan Januari lepas kerana mengajar menggunakan ICT oleh Guru Besar dan Penolong Kanan!. Seterusnya menerima arahan supaya tidak melakukan lagi tapi macam biasa aku buat bodoh kerana takkanla aku kena buang kerja kerana menggunakan kaedah moden dalam P&P!.