Ia sudah tidak segagah dulu...
Jika dahulu sebut sahaja Batang Rajang, ia satu nama yang maha hebat hinggakan aku yang mahir berenang (bukan berenang kampung) pun takut dengan deras airnya. Aku sendiri pernah terjatuh ke dalam air ini semasa hendak menaiki perahu, walaupun aku terselamat dari dibaham oleh Batang Rajang ia telah merosakkan telefon bimbit dan jam tangan aku. Kesannya masih hingga sekarang hingga acapkali cuba mengelak menyeberangi sungai menggunakan batang balak. Sekarang ia tidak segagah dulu, airnya sudah kelihatan tenang seperti tasik dan semakin cetek. Ia (dari Bakun ke Kapit) sudah tidak mampu untuk membenarkan tongkang besar dan bot ekspress melaluinya melainkan perahu kecil itupun terpaksa berhenti beberapa kali untuk menolak perahu. Rasanya jika mahu berenang merentasi Batang Rajang 50 kali pun bukanlah perkara yang mustahil!.
3 comments:
hahhaa..buktikan:):P
haa..haa... aku main-main je!
yup...mmg sudah tidak segagah dulu... aku pun sekarang terpaksa gunakan 4WD utk meredah ke Belaga.. berbanding dulu mudah sikit gunakan bot dari Jeti Bakun...
http://bayuparkville.herobo.com/wordpress/
Post a Comment