Ah Tu
Hidupnya sangat mudah, dengan beberapa ringgit dalam genggamannya dia akan masuk ke kedai makan Bima meminta kopi panas gelas besar dalam bahasa yang aku tidak fahami. Aku cuba berbaik-baik dengannya selama 5 hari di Belaga dengan membelanjanya sarapan kerana kebetulan aku menghadiri mesyuarat dan kursus di Belaga. Aku selalu berfikir apa yang ada dalam dunianya, mungkin ia lebih indah daripada apa yang aku gambarkan.
Masuk tahun ketiga di Segaham, aku sudah biasa dengan semua tugas-tugas core business termasuk perkeranian dan syukur segala dokumen yang membolehkan aku mendapat pengesahan jawatan (kalau di sektor swasta cuma 3 bulan) sudah diperolehi.
Namun malang buat aku kerana tidak cukup syarat “genap tiga tahun” berkhidmat menyebabkan ia tertangguh lagi selepas berjaya menyelesaikan isu borang tapisan keselamatan. Tidak cukup dengan itu aku dikehendaki mencipta sendiri surat pengesahan aku untuk ditandatangani oleh Pegawai di PPD sebesar negeri Pahang jika aku genap tahun tersebut! Alangkah indahnya jika dapat berkerja sebagai kerani di situ kerana semua surat berkenaan perjawatan dibuat sendiri oleh guru.
2 comments:
saya mengajar di sebuah IPTA di semananjung. di sini, rata-rata pensyarah juga melakukan semua tugas pengkeranian, jadi timbul soalan apakah perlu kehadiran pegawai sokongan? ;)
Haah, di sektor kerajaan memang macam tu. Di sektor swasta tidak berlaku perkara macam ni.
Post a Comment