Asal Usul Keris Taming Sari
Keris tidak langsung boleh berenggang dengan orang Melayu suatu ketika dulu sehingga terasa seperti berbogel jika tidak menyisip keris di pinggang (Winstedt). Keris yang tinggi maratabatnya hingga menjadi idaman semua orang terutamanya Taming Sari. Persoalannya kenapa nama keris itu Taming Sari, walhal banyak keris yang tidak bernama di dunia alam Melayu.
Sebelum itu eloklah difahamkan bahawa Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang disebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah.
Mengikut cerita orang tua, Taming Sari telah menuntut ilmu kesaktian dan gurunya telah mensyaratkan beliau untuk bertapa di sebuah gua dan mendapatkan lidah ular sakti sebagai bukti tamat pertapaan. Semasa beliau bertapa seekor ular besar telah datang kepadanya, dengan menggunakan helah ular tersebut menjulurkan lidahnya di pintu gua. Lantas beliau memotongnya dan membawanya pulang kepada gurunya, ia (lidah ular) kemudian ditempa menjadi keris sakti yang tidak bernama.
Setelah keris itu siap gurunya telah memberikan kepada Taming Sari dan mengatakan bahawa sesiapa yang memegang keris tersebut akan menjadi kebal ia juga meletakkan syarat jika sesiapa mengaku keris tersebut keris kepunyaannya ia akan makan tuan.
Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya membuatkan Taming Sari mengaku itu kerisnya dengan dialog “aku takkan mati selagi aku mempunyai keris sakti ini!”. Kemudian Hang Tuah berjaya merampas keris tersebut dan membunuh Taming Sari, (hal yang sama juga terjadi kepada Hang Jebat sebab Hang Jebat mengungkap dialog yang sama).
Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Hang Tuah terus menamakan keris itu sebagai "Keris Taming Sari" untuk mengelakkan sumpahan dan telah dibawa pulang ke Melaka.
6 comments:
sume orang laki ad keris diorang sendiri..hehehe
haah bang! tapi tak kebal la! hee..2
Dalam kesusasteraan Melayu ada kalanya objek dijadikan orang (e.g. Hikayat Raja Khandak--khandak itulah sebenarnya parit yang digali oleh tentera Islam dlm perang Khandaq), jadi tidak mustahil kiranya Pendekar Taming Sari sebenarnya tidak pernah wujud. Transformasi nama objek kpd watak dlm cerita biasanya bertujuan menonjolkan kehebatan wira, dlm hal ini, Hang Tuah sbg wira yang unggul. Ada sumber Jawa yg mengatakan keris Taming Sari sebenarnya adalah keris yang dihadiahkan olh pemerintah Majapahit kpd Sultan Melaka, namun Sultan Melaka tidak berkenan menerimanya lalu digunakan sbg keris jawatan utk laksamana.
Hang tuah pakai keris jawa
Berguru dengan orang jawa
Hang tuah berbangsa cina
Dan yang paling last skali pakar sejarah kita cakap... Hang tuah tak wujud, ..
.
Najib pahlawan melayu
SELAMAT MALAYSIA
Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
“U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
“U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
“U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
Sekian, Terima Kasih.
YANG BENAR,
RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR
SAVE MALAYSIA
MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
"U" Your father YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
"U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
"U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.
Thank you,
THE TRULY,
People Who Love Malaysia
Gombak
MAKAN DUIT HARAM, MACAM MAKAN BABI: DR MAHATHIR SAID.....
http://www.youtube.com/watch?v=cuyFp-xo1y4
Keris Taming Sari Di Perak mungkin telah Di ubahsuaikan kerana Hulu keris itu bukan sesuai untuk pertarongan ia berbentuk Hulu perhiasan sahaja.begitulah
Penelitian typology keris sebenarnya.
Post a Comment