Proses Jual Beli Tanah
Carta alir proses jual beli tanah. (Negeri Perak)
- Setuju harga beli.
- Tandatangan surat jual beli dan bayar deposit (10%).
- Isi borang permohonan pindah milik.
- Hantar borang permohonan ke pejabat tanah untuk kelulusan Menteri Besar. (yuran RM70.00)
- Surat kelulusan dikeluarkan dalam masa 2 minggu.
- Mengisi borang 14A pindah milik di hadapan pegawai tadbir tanah. (yuran penyaksian RM10.00)
- Bayar baki harga beli (90%)
- Bayar setem hasil di LHDN. (contoh setem hasil RM300 jika tanah bernilai RM30 ribu ke bawah)
- Permohonan tukar nama oleh pejabat tanah. (yuran RM50.00 jika nilai tanah di bawah RM30 ribu)
- Geran baru dikeluarkan atas nama pemilik baru dalam masa seminggu.
Perkara-perkara penting.
- Semua dokumen harus diisi menggunakan pen dakwat cair berwarna hitam.
- Cukai tanah sedia ada harus di bayar.
- Dokumen yang diperlukan 5 salinan KP penjual dan pembeli yang disahkan, 1 salinan perjanjian jual beli.
- Semua urusan eloklah dan boleh dilakukan oleh pembeli supaya cepat kecuali semasa mengisi borang 14A dihadapan pegawai tadbir tanah dimana penjual wajib hadir.
- Kebiasaannya penjual mahukan baki wang 90% sebelum mengisi borang permohonan kelulusan Menteri Besar. Mungkin cara yang terbaik ialah memastikan ia dibayar menggunakan "bankers cheuqe" dan memastikan surat perjanjian di "endorse" oleh Pesuruhjaya Sumpah.
- Jika rasa susah lantik peguam untuk uruskan lebih selamat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[Contoh]
PERJANJIAN JUAL BELI TANAH
Perjanjian Jual Beli ini
dibuat pada hari ………………….., tanggal …………………… oleh dan antara:
1. Nama :
No. KP :
Alamat :
Selepas ini bertindak atas nama diri yang
selanjutnya disebut PIHAK PERTAMA
2. Nama :
No. KP :
Alamat :
Dalam
hal ini bertindak atas nama diri yang selanjutnya disebut PIHAK KEDUA.
PIHAK
PERTAMA telah
menjual kepada PIHAK KEDUA berupa
tanah dengan perincian sebagai berikut:
Negeri :
Daerah :
Mukim :
Jenis
Hakmilik :
No Lot :
Luas
Lot :
Kategori :
No.
Fail :
No. Hakmilik :
Kedua
belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan ikatan perjanjian jual-beli di
mana syarat dan ketentuannya yang diatur, seperti berikut di bawah ini:
JAMINAN
PIHAK PERTAMA
PIHAK PERTAMA memberikan jaminan penuh bahawa tanah
dijualnya adalah:
1. Milik sah peribadinya sendiri,
2. Tidak ada orang atau pihak lain yang
turut memilikinya,
3. Hak
kepemilikannya tidak sedang dipindahkan atau sedang dijaminkan kepada
orang atau pihak lain dengan cara bagaimanapun juga, dan
4. Tidak
sedang dalam masalah atau sengketa, baik dengan keluarga PIHAK PERTAMA maupun dengan pihak-pihak lainnya.
5. Memastikan
berlaku pertukaran nama pada geran daripada PIHAK PERTAMA kepada PIHAK
KEDUA selepas menerima wang yang dijanjikan.
HARGA
Jual
beli tanah di atas dilakukan dan diterima dengan harga RM8,000.00.
(Lapan Ribu Ringgit Sahaja)
CARA
PEMBAYARAN
Untuk
pembayaran tanah tersebut PIHAK KEDUA
menerapkan cara pembayaran dengan syarat dan ketentuan yang juga telah
disepakati PIHAK PERTAMA, iaitu
dengan cara pembayaran secara cek.
PIHAK KEDUA telah membayar pada berjumlah sejumlah wang .........................(No. Cek: .................. Cawangan: ) pada tanggal
....................... sebagai deposit.
dan,
PIHAK KEDUA akan membayar sejumlah wang ........................
(
)(No. Cek:.......................... Cawangan: ) pada tanggal
................................. semasa proses tukar nama.
dan,
PIHAK KEDUA akan melengkapkan bayaran akhir berjumlah
berjumlah ...................................( ) selepas proses tukar nama pada geran
tersebut.
PENUTUP
Demikian
perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua
belah pihak dengan dihadiri saksi-saksi yang dikenal oleh kedua-dua belah pihak.
PIHAK
PERTAMA Nama:
No. KP:
.........................................
PIHAK KEDUA Nama:
PIHAK KEDUA Nama:
No. KP:
..........................................
saksi
...................................................................................
saksi
SAKSI PERTAMA Nama:
No. KP:
.........................................
SAKSI KEDUA
Nama:
Nama:
No. KP:
10 comments:
dah beli tanah ka bang? :-)
adala sikit2
Kalau sy beli tanah dengan loan cimb. Boleh gnekan Contoh perjanjian seperti diatas tak?
Thanks atas panduan...saya akan beli tanah bawah rm 30k di Perak...sangat membantu
Thanks for the info..
Masa urusan jual beli nie kena bawa geran yang kt kita nie ke .. atau xperlu
assalamualaikum tuan.macam mna ye caranya nak print surat jual beli tanah ni, sy tak pandai,mohon tunjuk ajar ya.terima kasih
Salam tuan...kalau beli tanah lbh dr 30 ribu brapa pulak hrga setemnya?
assalamualaikum bos.
Saya masih baru dalam mencari info pemilikan tanah.
Boleh x kalau perjanjian jual beli di buat sendiri tanpa mngunakan peguam?
Laku x kalau di hantar perjanjian ke pejabat tanah tnpa melalui peguam?
Endorse daripada Pesuruhajaya sumpah bayaran berapa?
Tk.. bykvmembantu
Post a Comment