Gunung Berembun
Berketinggian hampir 7 ribu kaki iaitu 6817 kaki
(2077 M) ia merupakan destinasi wajib bagi pendaki gunung jika ke tanah rata.
Walaupun tidak secantik Gunung Irau namun kepelbagaian tumbuhannya amat
menakjubkan kerana amat mudah untuk menemui pelbagai jenis lumut, bunga hutan, tanduk
rusa, pokok langsuir dan jika bernasib baik orkid hutan. Gunung ini tahap
kesukarannya lebih sedikit dari Gunung Angsi namun yang paling sukar bagi saya
ialah apabila terpaksa memikirkan simpang yang terlampau banyak. Ini bermakna
untuk kumpulan besar ia memerlukan ratio pemandu arah 1:10 untuk mengurangkan
risiko sesat. Ia mempunyai 5 pintu masuk atau keluar iaitu 1. Parit Falls 2.
Jabatan Hutan 3. Brinchang (Tokong Cina) 4. Robinson Falls dan 5. MARDI.
Perjalanan mendaki dari Parit Falls, Jabatan Hutan dan
Brinchang ke puncak mengambil masa 2 jam setengah hingga 3 jam di mana
ketiga-tiga jalan ini akan bertemu di sebuah pondok rehat sebelum sampai ke
puncak. Perjalanan dari ketiga-tiga tempat ini ke pondok rehat mengambil masa
kurang 2 jam dan bukitnya tidaklah tinggi namun perjalanan dari pondok rehat ke
puncak agak menegak umpama dari Kem Pacat ke Puncak Nuang namun perjalanannya
cuma mengambil masa 40 minit sahaja.
Terdapat beirut yang sudah tidak bermaya di puncak, jika
bernasib baik kita boleh melihat Tanah Rata dan Brinchang dari sini. Puncak ini
dapat menempatkan 10 buah khemah dan sangat bersih dari pembuangan sampah sama
seperti sepanjang perjalanan. Perjalanan turun melalui MARDI cuma mengambil masa 1 jam 15 minit dan keadaannya
agak curam, ramai juga orang yang menggunakan laluan ini untuk mendaki dan
turun di laluan yang lain. Perjalanan melalui Robinson Falls ke puncak mungkin
mengambil masa 2 jam setengah melalui pengamatan mata kasar yang mana trek ini
paling jarang di daki.
3 comments:
bila naik ni?
lama tak hiking kita ni...hahahaha
Aku anytime je, roger je
Post a Comment