Thursday, March 23, 2006

1 April 2006



Isnin> aku di tegur oleh Kak Radin "Wafi tolong Akak 1 April ni boleh tak?"
Selasa> Kak Ana (bos aku) pula memberi arahan "Akak nak pakai wafi 1 April ni"
Rabu>Syahril pula dengan lembutnya bertanya "Encik Wafi sibukke 1 April ni?
Khamis> Kak Ani bertanya "kemana 1 April ni?"

Rupanya syarikat aku akan mengadakan cabutan undi rumah pangsa untuk projek di Jinjang, Syarikat aku membuka 8 kaunter pendaftaran, jadi mereka memerlukan orang lelaki yang hati kering dan boleh kawal pembeli majoritinya kaum Tioungha Jinjang terkenal dengan kasar dan keras kepala, dan yang pasti polis penuh kat situ. Jawapan aku pada semua sama soalan tadi sama "saya nak pergi Cameron Highland". Rupanya aku masih popular lagi kat sini!. Orang lain mungkin akan menggunakan tarikh ini untuk meng"aprilfool"kan kawan-kawan. Terpulang kepada persepsi masing-masing tapi yang pasti aku bertapa di Yong Belar pada tarikh tersebut. Tapi yang paling-paling pasti aku tak jadi kahwin pada tarikh tersebut!

No comments: