Monday, March 27, 2006

Ahad : 26 Mac 2006

Pagi-pagi lagi di hujan sudah membasahi bumi UM, seolah-oleh meraikan kami untuk Larian Gemilang UM. Sedang aku melakukan senaman regangan aku dapati ZS dah hilang dari pandangan mata aku, rupa-rupanya dia ada kat belakang seorang “Ah Moi” dengan wataknya seperti biasa melihat “Ah Moi” dengan pandangan mata tanpa seurat benang! Aku berlari dengan baik, di km ke 8 aku memecut dengan Naz hingga ke garisan penamat, ini bermula apabila aku dengan sengaja "meracun" anak muda ini dengan mengatakan “kau ni macam biskut, sekejap kat depan sekejap kat belakang aku” padahal aku tak kenalpun anak muda ini. Namun dia berjaya memintas aku untuk garisan penamat. Aku berjaya menamatkan larian 10km dalam masa 47 minit, Naz 46minit, Daud 50 minit dan ZS 61 minit. Walaupun mendapat nombor dalam lingkungan 50 terbaik, aku berpuas hati dengan catatan peribadi aku dan mungkin juga kerana pemberian baucer RM100.00 barangan sukan.
Selepas itu aku pun singgah makan sarapan di kedai Hajah Rohani. Belum sempat punggungku menjamah kerusinya Hajah pun menegur aku "tadi ada orang tanyakan adik". "Siapa awek yang bertuah tu makcik" balasku. "Tak de hari awek nak tanyakan kau, budak keretapi (Mat Khairi) yang tanya" balasnya dengan lantang. Malunya aku!

Sewaktu pulang ke rumah aku telah berjumpa dengan Tengku yang merupakan kenalan aku dan awek aku dulu. Dia bertanyakan aku berapa orang anak dan siap nasihat aku lagi pasal tak kahwin lagi. Bila aku tanya “husband kau mana?” dia jawab dengan selamba “aku belum kahwinlah”. Tak pasal-pasal aku jadi ustaz mentazkirah Tengku di awal pagi nasihatkan dia supaya kahwin siap tawarkan diri nak carikan dia jodoh. Ha…ha.. Yang membuat aku termenung panjang ialah, dia kata masalah kenapa aku tak bersedia nak kahwin ialah kerana aku masih teringat awek pertama. Terkedu juga aku, tapi siapa yang dapat lupakan peristiwa penting dalam hidup. Yang pasti aku dah padamkan nombornya dalam telefon bimbit aku.
Tengahari sewaktu menunggu ZA di pintu Vista untuk makan tengahari di Pantai Dalam, aku ditegur oleh Hajah Rohani sekali lagi "nak pergi mana tu dik?" Aku pun jawab "nak pergi cari jodoh makcik". Makcik tu pun cakap dengan nada marah "malasla aku nak cakap dengan kau". Salahke apa yang aku cakap!

No comments: