Saturday, March 18, 2006

Sungkai

Tempat ni kecil je tetapi cukup sinonim dengan Felda seperti Felda Sg. Klah, Trolak dan Besout. Di pekan Sungkai sahaja ada 5 kedai handphone, 2 kedai cermin mata, 2 kedai perabot besar dan 1 klinik yang cukup untuk membekalkan keperluan penduduknya. Tempat menarik? Aku rasa ada 5 tempat menarik iaitu Taman Rusa, Sg. Klah Spring (Kolam Air Panas), Kem Nadi, Kem Nurnikman dan Rekreasi Muara Tesong.
Kalau nak pergi Taman Rusa cari je simpang shell di pekan Sungkai lepas tu terus je masuk ke dalam, aku rasa adalah 20 km. Tempat ni sebenarnya lebih menarik dari namanya kerana ada membela bermacam jenis burung yang tak ada kat zoo, contohnya burung Kuang selain daripada rusa. Pengangkutan adalah masalah utama, jadi kena cari kenderaan sendiri.
Kalau nak pergi ke Sg. Klah Springs (Kolam Air Panas), Kem Nadi, Kem Nurnikman dan Rekreasi Muara Tesong kena cari simpang Sekolah Menengah Sungkai 2, lepas tu masuk ke dalam adalah 20km. Sg. Klah Springs (Kolam Air Panas) ni nak mandi, kena bayar RM4.00 orang dewasa & RM 2.00 kanak-kanak dan parking percuma. Tempat lain pula cuma kena bayar chalet kalau nak bermalam. Kalau tak silap aku Rekreasi Muara Tesong kenakan parking RM1.00. Pengangkutan adalah masalah utama, jadi kena cari kenderaan sendiri.
Sungkai mengikut ilmu asal-usul* ada kaitan dengan keturunan Sultan Perak sekarang. Mengikut ceritanya pada masa lalu terdapat seorang bayi perempuan hanyut kat sungai Sungkai di atas buih lalu diambil orang kampung lalu dinamakan Puteri Buih. Lalu suatu hari Sultan Perak meminang Puteri Buih, namun terdapat masalah kerana Puteri Buih ni kononnya datang dari keluarga bunian. Setelah perbincangan diadakan antara pihak sultan dan Panglima Hitam (bunian) maka 2 syarat telah ditetapkan untuk menghormati tempat datangnya Puteri Buih ini. 2 syarat tersebut ialah keturunan sultan tidak boleh minum air berpunca dari mukim Sungkai dan kedua tidak boleh memijak tanah di Sungkai tanpa beralaskan kain kuning. Saya teringat masa Raja Nazrin datang rasmikan Sekolah Menengah Trolak dulu, air minum sultan didatangkan daripada Tapah, aku rasa mereka bersikap berhati-hati manalah tau daulat Sungkai masih ada. Kalau nak ke pekan Sungkai boleh ambil bas di Tg. Malim dari selatan atau di Tapah jika daripada utara.
*Ilmu asal-usul adalah pelajaran wajib bagi setiap penuntut ilmu batin. Setiap kawasan mempunyai sejarah asal-usulnya sendiri.

19 comments:

ku_alam said...

salam buat saudara kerna menulis tentang asal usul sungkai...
apa yg sy tahu..! puteri buih tersebut muncul semasa perang orang rawa dengan orang perak yg menjumpai puteri buih berkenaan adalah raja tua n mmg benar puteri buih berkahwin dgn sultan perak n puteri buih juga adelah orang bunian. apa yg sy tahu sungkai dulunya adalah laut n kejadian tersebut juga di panggil tiang bertarah. di mana tiang yg menandakan timbulnya puteri buih di dalam air (buih).

maklumat nie sedikit sebanyak sy perolehi dr atuk sy kerna cerita ttg puteri buih amat panjang.

nur_sham said...

salam saudara...

saya mahu bertanyakan tentang kem nadi dan kem nurnikman. adakah kedua2 lokasi itu merupakan kem seperti kem rekreasi & motivasi. bolehkah saudara membantu saya untuk memberi sedikit info berkaitan kedua2 kem tersebut..saudara boleh menghantar info ttg perkara tersebut ke alamat emel saya (noty_10@yahoo.com)
terima kasih saudara..

ahmad said...

salam...rasanya maklumat saudara mengenai puteri buih dan tiang bertarah di sungkai tu lari dari cerita sebenar...kerana waris@orang yg membuka tempat yg bernama tiang bertarah tu masih ada lg...saya adalah anak jati kg rahmat changkat sulaiman sungkai dan tok nenek saya berasal dari tiang bertarah,maklumat yg saya baca melalui tulisan saudara menyimpang dari cerita yg saya dapat dari tok nenek saya dan waris yg membuka tiang bertarah itu..saya bersama waris yg membuka tiang bertarah itu masih lg mencari fakta2 lengkap mengenai puteri buih..sebenarnya maklumat yg saya dapat dari waris sebenar pembuka tiang bertarah itu adalah..puteri buih itu adalah anak angkat kepada laksamana noratikah(yg membuka tiang bertarah)puteri buih di jumpai oleh isteri laksamana noratikah ketika mengambil wudhuk di laut tawar iaitu sekarang tempat tu bernama felcra tiang bertarah...sebenarnya banyak lg yg saya nak kongsi kan di sini...saya sedang mencari fakta mengenai laksamana noratikah..anakya yg bernama keramat raja tua ini ada kena mengena dgn dato maharaja lela dan dato sagor iaitu pahlawan yg melayu yg merancang membunuh jww birch.kerna mengikut dari cerita pewaris itu..sebelum/selepas dato maharaja lela dan sahabatnya si puntum mudik ke tiang bertarah...keramat tok rajatua ni ada gambar dan kisahnya di muzium/istana kuala kangsar...sebenarnya saya dan anak waris ni masih tidak dapat fakta yang tepat lg..kami masih mencari hubungkait mengenai dato maharajalela,si puntum dan keramat tok raja tua ni...boleh saya tahu di mana saudara dapat maklumat dan cerita mengenai asal usul puteri buih dan tiang bertarah ni...boleh tk kita berkongsi maklumat dan apa2 pendapat..email saya ahmadnazir_81@yahoo.com

Merbawi said...

Salam Perkenalan,

Baru terjumpa blog Tuan ini..! Saya juga memang amat berminat dan ingin lebih mengetahui mengenai sejarah sejarah sungkai ini. Sebabnya, Datok saya, sebelah ayah, berasal dari Kg Changkat sulaiman (Kg lama yg kerap banjir) sebelum dia berhijrah dan berkahwin dengan opah saya di Kuala kangsar. Sayang sekali saya tidak tahu nama moyang saya..!

Semoga Tuan dapat memberi membantu dan memberi lebih gambaran jelas kepada saya dalam usaha pencarian ini.! Tuan memang asal dari situ ke? kalau dapat berhubung lebih lanjut, email saya : azmibs@gmail.com dan blog saya : http://merbawi.blogspot.com

Lagi sekali, Selamat Berkenalan..!!

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara..

alhamdulilah dengan izin ilahi maka dengan ini dapatlah kite melayarkan warkah nie.

Terlebih dahulu kite mohon kemaafan atas versi kisah puteri buih yang kite nyatakan sebelum ini, kite akui ada kesilapan kerna sebelum ini versi kite peroleho dari nenda melalui bonda, namun setelah kite bertanya sendiri dengan nenda kite akan kisah tersebut memang ada sedikit seakan sama versi tersebut dengan versi yang di ceritakan oleh saudara. Namun mungkin ada penambahan akan kisah tersebut, yang tidak di nyatakan oleh saudara. Seperti Keris yang di jumpai di laut ketika si suami belayar.

sebenarnya kite mendapat maklumat akan kisah puteri buih dari nenda kite yang menetap di Kg Klah Baru, Sungkai.

yang mana kata nenda kite kisah puteri buih nie agar panjang dan berkait-kait sedikit sebanyak dengan Tiang Bertarah... Wallah Wallam... Harap kite tak tersalah dengan akan perihal Puteri Buih dari nenda kite.

Saudara ada mengatakan akan perihal Changkat Sulaiman, maka dengan ini ingin kite kongsikan bahawa di Sungkai terdapat sebuah Kubur Panjang, di katakan oleh nenda kite bahawa kubur tersebut adalah milik Nyang Karma antara orang yang gagah di Sungkai. nama asalnya adalah Changkat Sulaiman. di sekitar kg. tiang bertarah jua terdapat Kota Laksamana.

Nenda kite adalah Waris Raja Bugis dan Moyang Kite adalah Pawang Besar suatu ketika dahulu dan nenda kite adalah anak jati Sungkai.

Insyallah kite jua berharap agar kite dan saudara dapat saling berkongsi akan sejarah tersebut. sebenarnya terdapat banyak lagi sejarah dan keunikan di sungkai yang orang luar tidak mengetahui akan ianya. kite berharap agar kite dapat menghasilkan buku sejarah tentang kawasan di Sungkai, Bidor khususnya di Batang Padang.


Sekian, Wasalam...

Ku Alam

Anonymous said...

syabas dan tahniah kepada anda kerana telah berjaya mengujudkan satu ruangyang dapat memberi sedikit maklumah mengenai sungkai.ceritanya berkisar disekitar kampong changkat sulaiman dan tiang bertarah.apakata satu hari nanti kita berkumpul dan membuat satu versi cerita yang sama.buat masa ini saudara saudara kita yang tua masih hidup senang kita buat rujukan.sekian

Anonymous said...

Nenda kite adalah Waris Raja Bugis dan Moyang Kite adalah Pawang Besar suatu ketika dahulu dan nenda kite adalah anak jati Sungkai.

Assalamualaikum, ku alam. adakah kamu keturunan bugis yg x boleh mkn ikan talang? boleh tahu nama pawang besar yg di sebut?
boleh berkongsi...

zulzufar husryzulhusry said...

Assalam buat kamu semua...
apa yang kita tahu (tapi tak ada bukti tepat) pembuka/penduduk kg tiang bertarah dan kg changkat sulaiman adalah pemindahan mereka dari sebuah kg lain yang kita lupe namanya kerana banjir besar di negeri perak, itu yang pertama, banjir yang kedua kalau tak silap kita yang roboh jambatan telok intan dan sebenarnya dikatakan dilanggari sesuatu lain...dan mengenai cerita kamu semua lebih kurang sama dan setiap pencerita mesti tidak tepat pada "punch line" yg sepatutnya tepat. kita mula beranggapan kebanyakkan hamba allah yg mengetahui cerita2 ini hanya berdiamkan diri dan lebih suka warisnya hidup seperti anak-anak yang lain mengejar masa depan atas alasan hidup mereka ketika itu dan akhirnya sejarah akan ditelan arus moden. cuma apa yang kita ingin tahu sangat, hala tuju/ tujuan oleh orang2 terdahulu dari sungkai kpd pewaris2 mereka kerana ada cerita yang kita dengar ada terdapat guru-guru agama yang agak lanjut usianya mengajar agama kepada anak-anak saudara dan anak jiran yang berdekatan yang meninggalkan kesan yang mendalam kerana tinggi iman nya, budi pekerti, kesabaran, kecekalan, jujur, amanah, ada diantaranya akan menjadi pemimpin...kita mohon maaf jika ada tersalah kata bahsa, kita undur diri...

adnan said...

sekadar bertanya,siapakah "puteri buih" itu dan Sultan Perak mana yang berkahwin dgnya?

zairul said...

salam
maaf mencelah.. sy jg berasal sungkai belah abah, tinggal di kg kubang haji, x byk yg tau cuma apa yg saya tau sungkai adalah pusat penyebaran agama islam yg pertama di Perak.. dan ramai ulama-ulama pada masa itu berasal dari sungkai.. dan sdr2x tau tak ramai dari keluarga org sungkai telah disemadikan di Masjid Kg Paloh ipoh.. mengapa ye jom kita terjah

Faried Amierul Amier said...

Assalamualaikum.. minta jasa baik saudara2 ku sekalian utk menghubungi sy.. kerana sy ingin sgt tahu kesemua sejarah disana, kerana sy mencari susur galur keturunan saya sebelah opah (Mak Tak Temong) yg tinggal di Kuala Kangsar. kerana berkemungkinan keluarga kami berasal dari sana.. nama terakhir yg arwah opah sy sebut adalah SULAIMAN JABOT (Tok Keramat Kuala Sungai Bidor)

email sy: fare.rieyd_aremieyrool90@yahoo.com

saifuz said...

Salam. Terima kasih tuan empunya blog. Mohon laluan utk nencari salah silah keluarga dari Changkat Sulaiman. Moyang Tok Latif + Che Chu, anak 5 org, Che Long, Tipah, Abd Ghanie(Wak Ani), Pakcik Man Gagap & Opah Teh. Harap ada yg dpt bantu. Sekali lagi terima kasih tuan empunya blog.

Anonymous said...

Cucu cicit tok sungai rumput.
Moyang saya berasal dari gemuruh
Pah teh tupat

Anonymous said...


cucu cicit tok sungai rumput.

panglima enggang@ngang mempunyai 2 anak iaiitu Itam Telunjuk dan Tok Sungai Rumput (kawasan gunung besout sekarang)
so salasilah moyang teman bermula dari Tok Sungai Rumput.
Tok Sungai Rumput ni ada 2 anak iaitu Tok Sulaiman (yg buka kg changat sulaiman lama) dan Tok Karim @ Tok Kurma (dulu SMK Sungkai pernah guna nama SMK Tok Kurma Setia)...sambung daaa..mau kerja dulu.
Wednesday, October 01, 2014 2:15:00 PM

Anonymous said...

cucu cicit tok sungai rumput.
encik saifuz said...
moyang anda jikalau ikut salasilah yg arwah ayahanda tulis begini :
TOK SULAIMAN ADA 3 ORANG ANAK IAITU :
TOK KOLAH (cucu cicit piut berada di Pahang Kg Chenua) , TOK SAIBAH (cucu cicit piut berada di Pahang Kg Sega) DAN TOK LATIP

Anonymous said...

Cucu cicit tok sungai rumput.

Di mana Makam Tok Sulaiman ?
Sekitar tahun 80-90'an saya selalu mengikut arwah ayahanda saya ke kg changkat sulaiman lama kerana kami mempunyai tanah kebun durian bersempadan dgn tanah aki yon dan kebun durian hj kecik dan kebun durian pak ngah hashim.
Makam tok sulaiman terletak di atas bukit kecil (changkat) arwah ayahanda akan bercerita kpd saya mengenai kepahlawanan tok sulaiman dan satu lagi makam iaitumakam tok toi. Makam tok toi ni agak jauh sedikit dan terletak diantara tanah arwah ayahanda saya,
Dekat kg changkat sulaiman lama ada sawah padi???
Ya betul saya nampak tinggalan bendang ini, arwah ayahanda akan bercerita padamasa dahulu datuk beliauakanmengerjakan bendang ini.
Saya akan menunjukkan dimana makam tok sulaiman, makam tok toi dan bendang.

Anonymous said...


Cucu cicit tok sungai rumput.
Pernah dengar kg serunai dan kg gemuruh...??
Kedua-dua bekas kg ini dibuka oleh tok sungai rumput dan anak beliau iaitu tok sulaiman.
Kedua-dua bekas kg inin berhampiran dgn sungai sungkai dan terletak di lereng bukit.
Mungkin atas sebab2 tertentu akhirnya kg iniditinggalkan begitu sahaja sehinggalah tok sulaiman membuka kg changkat sulaiman lama.
Jikalau diperhatikan jalan utama ketika itu adalah sungai, sbb itu ketiga2 kg ini berhampiran dgn sungai sungkai.

Veloce Red said...

Salam saudara sesungkai... Sy ni cucu pah teh.. Org cangkat sulaiman.. Adik beradik opah, pah siah, pah halus, pah wan cu bee dan pah sy y paling sulung.. Umor pon dh 99 tahun... Ce sape tw tntang cerita 7 makam tok keramat start dr perlok smp tiang tarah dan cerita kota laksmane lain pulak y sy degor dr opah sy... Tentang putera raja bertemu dgn puteri buih dan berkahwin y sy dgor memandang opah sy rasenye org y paling tertua d cangkat sulaiman..

Veloce Red said...

Name sungkai ni di ambil dr nama pokok sesungkai yg banyaknye d sekitar sg sungkai... Nak tw cerita sape y penah masuk istana iskandariah.. Tiang seri istana terdapat cop sungkai dgn tulisan jawi.. Di ambil cerita oleh bapa saudara nazri bin tan y pernah masuk istana iskandariah( org cangkat panggil harun je) dah meninggal tahun lepas... Maaf name opah saye opah tan di ruangan atas.. Tersilap sebab teringatkan name belah datuk... Sbb belah datuk saye y kuat dgn org istana y byk jd org besar kerajaan... Maafkn sy...Pah tan saye ada 7 org adk beradk