Thursday, October 12, 2006

Awal sangat

Gaji akan dimasukkan pada hari esok sempena perayaan Aidilfitri, aku bukannya kisah sangat dengan kerja yang mendesak untuk penyediaan gaji tetapi kenapalah perlu awal sangat dimasukkan gaji? Bila perkara ini dibincangkan ramai yang mengatakan aku tidak memahami masalah orang yang telah berkahwin kerana aku sendiri belum berkahwin. Bukankah baik jika hanya duit pendahuluan Aidilfitri sahaja dimasukkan pada esok hari dan kemasukan duit gaji dilakukan seperti biasa? Bagaimana mahkluk di sini akan menghadapi 43 hari tanpa gaji sedangkan menanti hari ke 30 sudah tercungap? Sudah tentu Yahudi cukup suka dengan keadaan ini kerana kita akan terperangkap dengan “lingkaran kehidupan” kad kredit tanpa diminta.

Tiba-tiba sahaja tugasan meningkat dua kali ganda sejak isnin lalu apabila banyak tuntutan yang dihantar mungkin untuk mendapat duit untuk keperluan Aidilfitri agaknya. Encik Azam pula dilihat diam-diam mengamalkan amalan “zikir perang” semata-mata untuk pergi temuduga esok hari, beria-ia benar ia mahu meninggalkan Taman Desa. Playstation 2 yang dipinjam oleh Encik Nizar sudahpun dipulangkan malam tadi setelah empat bulan bermaustatin di Shah Alam itupun setelah beberapa peringatan di hantar.

1 comment:

Anonymous said...

Saya setuju sangat pasal gaji yg terlalu awal tu. Cash management ni tak kira dah kahwin ke belum ke, anak satu ke anak 5 ke, kalau pandai mengurus kewangan, tak akan ada masalah besar. Advance tu, bolehlah di pertimbangkan atas desakan2 tertentu asalkan tidak melampau.

Kalau bujang pun, gaji beribu tp berbelanja tidak berhemah, akhirnya akan sentiasa jadi tidak cukup duit. Kalau berkelaurga pun tapi sentiasa mengukur baju di badan sendiri InsyaAllah berkat rezeki.

Pandai2 lah asal jgn ada yg sampai meminjam belum samapi hujung bulan 11 nanti.