Saturday, April 19, 2008

Hari aku masih lagi capik seperti hari-hari yang sebelumnya walaupun memakai “running shoes” jenama admiral yang dibeli tanpa dirancang semalam di Seremban Parade sewaktu mengelakkan diri dipaksa menyanyi oleh kawan-kawan aku. Bagi aku lebih baik dipaksa berlari dari Kuala Lumpur ke Nilai daripada menghabiskan sebuah lagu kerana hampir-hampir mustahil untuk dilakukan oleh suara emas tahap cipan seperti aku, lainlah Tom yang kerongkongnya cuma boleh mengeluarkan irama dangdut walaupun menyanyi lagi Amuk namun kasihan pula melihat Nizam yang sebak bila menyanyi di hadapan buah hatinya. RM69.90 yang bertukar tangan masih belum cukup menambah baik segala usaha aku malah sudah semakin teruk dengan catatan masa 13 minit untuk 2.4km. Namun kemampuan berenang sudah semakin baik dengan catatan 54 minit untuk 1.2km walaupun mnngalami masalah kekejangan otot bila melewati 1km.

1 comment:

Benbaz said...

Salam bro!
Seronok baca lu punya blog. lebih2 lagi 'larian'. Wa baru berjinak2 dalam aktiviti ni.
Memandangkan sukan renang open water tak banyak kat mesia ni, wa amik keputusan tambah lagi satu aktiviti - lari