Thursday, December 11, 2008

Benarkah Hang Tuah wujud?

Inilah persoalan yang selalu disoal oleh mereka yang tidak berapa yakin dengan kehadirannya mungkin kerana lebih daripada satu kubur yang dijumpai yang didakwa sebagai tempatnya bersemadi. Begitu juga sastera sejarah yang amat rumit untuk dikaji menyebabkan mereka menerima pakai sahaja teori-teori oleh penulis semborono daripada membaca naskah-naskah hebat seperti Sulatus Salatin, Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu mahupun menjelajahi alam semesta di rumpun Melayu.

Sebenarnya terdapat beberapa tempat menunjukkan bukti fizikal kehadiran Hang Tuah iaitu tapak kakinya di Tanjung Tuan dan di puncak Gunung Dato’. Dimana mengikut cerita lisan orang tua dikatakan bahawa apabila dia pergi dari satu tempat ke satu tempat dengan melompat, dia akan meninggalkan kesan tapak kaki. Bukti yang ada sekarang ialah ia sedalam 1-3 inci di atas batu dimana keadaannya sama seperti meletakkan kaki pada simen yang basah. Namun ia masih boleh diragui kerana tiada pendokumentasian seperti batu bersurat di situ, itulah kekurangan bangsa Melayu yang harus diakui tetapi kita harus mengakui dengan teknologi yang ada sekarang pun agaknya siapa yang cukup gila untuk membawa peralatan membuat tapak kaki di puncak Gunung Dato setinggi 2700 kaki itu.

Menurut A. Kobata: 1969 dalam bukunya Okinawa Relations With Korea and South Sea Countries, pada kurun ke 15 di zaman kerajaan Ryukkyu nama Hang Tuah telah terkenal di seluruh dunia. Digambarkan semasa semasa Kampuchea telah dilanda perang saudara, kapal-kapal pedagang asing seperti Portugis, Siam, India dan China tidak berani menghampiri pelabuhan di situ.

Namun Hang Tuah sebaliknya berbeza, ia dengan tenang menghampiri pelabuhan tersebut dengan “kora-koranya” (perahu kecil). Kemudian ia membuka kitab membaca jampi mantera dengan lantang dan kuat hingga menyebabkan perang saudara tadi terhenti seketika. Kemudian beliau mengambil air perigi di daratan lalu belayar semula ke lautan dan perang saudara tadi bersambung semula.

Alfonso De Albourqueque dalam catitannya The Volume of The Great Alfonso De Albourqueque yang tersimpan di Muzium London mengatakan beliau tidak akan menyerang Melaka selagi Hang Tuah masih ada! Ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa Hang Tuah memang wujud dan Melaka ketika itu mempunyai pahlawan yang handal.

Hang Tuah sewaktu mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit pernah mengalahkan Taming Sari seorang yang pendekar handal dan kebal di situ, dengan muslihat yang dilakukannya ia berjaya membunuh Taming Sari dan merampas keris kepunyaannya, buktinya keris Taming Sari sekarang berada dalam simpanan Sultan Perak. Kita harus mengambil iktibar dengan Kerajaan Indonesia mengiktirafnya sebagai negarawan rumpun Melayu yang hebat selain Gadja Mada, ini dapat dilihat dengan tertubuhnya Universitas Hang Tuah selain Universitas Gadja Mada, tetapi Malaysia sibuk dengan nama-nama universiti yang futuristik!.

Disesuaikan dengan Maswafi bin Abd Samat. 1998 “Jampi Mantera : Peranannya Dalam Ilmu Persilatan Melayu. Latihan Ilmiah Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

10 comments:

Aishah Jamal said...

Wafi,
bila akak baca novel sekuel Bagaikan Putri(1) Cinta Sang Ratu(2) dan Hijab Sang Pencinta (3) akak dapati watak Hang Tuah itu taklah tersohor mana... Awak pasti akan lebih mengemari Laksamana Sunan daripada Hang Tuah.

Walaupun novel itu mungkin hanya sebuah rekaan penulis tetapi bila penulis itu ada membuat sedikit rujukan pembacaan kita jadi lebih teruja.

Maswafi Abd Samat said...

Kak Aishah,

Pengarang berjaya menggarap novel tersebut dengan baik dan tidak mendewa-dewakan watak tersebut itu yang membuatkan ia nampak realistik dan best.

Sastera klasik amat mendewa-dewakannya (hang tuah) walaupun dia sebenarnya cuma manusia biasa hinggakan kadang kala meluat juga. he..he...

Wan Perlis said...

benarkah kisah hang tuah ni

Maswafi Abd Samat said...

Terpulang kepada tuan untuk menilai sendiri!

mukyasyah said...

nak dikaitkan keris taming sari dekat sultan perak itu memang benar..almarhum sendiri membawakeris itu ke perak dimana tongkak banginda terdampar di beting beras basah di bagan dato perak..walaubagaimana pun..terlalu realistik kewujudan hang tuah..kalo tidak ada gunanya nama Laksmana hang tuah or perigi hang tuah..

Anonymous said...

eheehhe..hang tuah leh melompat pulak...byk benar keistimewaan hang tuah ni yee...

Anak dia Hang Nadim kawin ngan sapa? Anak brapa orang..cucu brapa orang?

Muhammad Harizon bin Ramli said...

Sesiapa yang mempunyai ilmu dan terlibat dalam dunia persilatan pasti mengetahui siapakah Hang Tuah dan apakah zat rahsianya yang tersembunyi. Janganlah bercakap kosong apabila tiada ilmu. Sesungguhnya beliau dikurniakan Allah ilmu yang tinggi.

Muhammad Harizon bin Ramli said...

Sesiapa yang mempunyai ilmu dan terlibat dalam dunia persilatan pasti mengetahui siapakah Hang Tuah dan apakah zat rahsianya yang tersembunyi. Janganlah bercakap kosong apabila tiada ilmu. Sesungguhnya beliau dikurniakan Allah ilmu yang tinggi.

Salehhudin Salamat said...

Klu takda tak mungkin org nk ceritakan dan cerita pasal hang tuah bkn org malaysia he tau negara luar pun tahu bermakna mmg ada la lg pun zaman hang tuah belum ada kesedaran manusia nak catat semua peristiwa atau ade rekod kelahiran mau pun teknologi camera nk tangkap gambar .

Salehhudin Salamat said...

Klu takda tak mungkin org nk ceritakan dan cerita pasal hang tuah bkn org malaysia he tau negara luar pun tahu bermakna mmg ada la lg pun zaman hang tuah belum ada kesedaran manusia nak catat semua peristiwa atau ade rekod kelahiran mau pun teknologi camera nk tangkap gambar .