Thursday, December 11, 2008

Semalam pagi-pagi lagi seluruh kampung aku dipenuhi oleh sepasukan TLDM yang mengadakan latihan dengan membawa “back pack” dan M16. Semua itu tidak menjejaskan perhatian semua orang terhadap berita tentang kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, dari segi kemusnahan, kematian dan soal pampasan. Cuma aku tidak berapa gemar bila sikap prasangka buruk terhadap penduduk elit yang kononnya banyak melakukan maksiat menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Seolah-olah menjadi kaya itu satu dosa pula walhal mungkin mereka banyak menyumbang kepada pembangunan seluruh umat Islam dengan membayar zakat.

Ia seperti suatu ketika dahulu beberapa pemimpin politik menjatuhkan hukum bahawa penduduk KL banyak melakukan dosa kerana itu dilanda banjir, tetapi apabila ia berlaku di tempatnya sendiri ia berlagak seperti malaikat mengatakan ia cuma bencana. Beberapa cadangan seperti mengubah akta yang ada dikemukakan, walhal sebenarnya akta yang ada sudah mencukupi yang penting adalah perlaksanaannya yang nampak tidak telus walaupun tragedi Highlands Towers yang berlalu 15 tahun sudah cukup menjadi pengajaran. Mungkin kita tidak sepatutnya berfikir untuk mendirikan rumah di situ!.

Aktiviti memancing di lombong berhampiran Sungai Manggis petangnya cuma sia-sia kerana seekor ikanpun tidak aku perolehi walaupun menggunakan umpan cacing. Orang asli yang memancing labi-labi yang menggunakan umpan tikus pun aku lihat menerima nasib yang sama seperti aku. Mungkin sudah tidak banyak ikan di situ seperti masa yang lalu, ini menjadikan nasibnya serupa dengan sungai Sungkai yang sudah kepupusan ikan.

2 comments:

Aishah Jamal said...

Wafi,
menjadi kaya memang bukan satu dosa akan tetapi jika menjadi kaya dengan menindas/menyakiti orang lain apa pula cerita??

Maswafi Abd Samat said...

Kak Aishah,

Tidak semua orang kaya yang begitu, bukan semua orang miskin yang baik. Kita tidak boleh memberi alasan kerana tiada pekerjaan kerana itu merompak bank.