Thursday, January 29, 2009

Perjalanan aku ke Segaham masih berbaki 200km, aku membuat keputusan untuk berhenti rehat di Song dengan menumpang bermalam di rumah Mizi, sebelum meneruskan perjalanan ke Kapit besok untuk menyelesaikan urusan pas perjalanan terhad yang masih berstatus “pas sosial”. Ini bermakna aku terpaksa bermalam di Kapit besok menanti bot pertama untuk ke Belaga pada pagi sabtu selepas selesai dengan pejabat imigresen. Jika perjalanan aku untuk keluar amat sukar begitulah juga perjalanan balik yang masih belum tentu hasilnya dan kerana itulah aku menerima gaji yang paling tinggi berbanding rakan-rakan aku. Sesungguhnya perjalanan untuk keluar dan balik ke Belaga akan mempengaruhi perancangan aku dalam urusan penempahan tiket ke semenanjung apabila terpaksa memikirkan tempahan perahu ke Rumah Menjawah dan Hilux ke lapangan terbang Bintulu itu tidak termasuk bencana alam seperti tanah runtuh dan kemarau.

5 comments:

Aishah Jamal said...

Bertambah luas pandangan adik akak sorang ni... seronok ke disana?

mattromeo said...

Salam Mas,
Kalau dulu-dulu saya mesti tanya; banyak ke 'yang indah dipandang mata' kat sepanjang perjalanan tu. Tapi sekarang saya dah 'baik'. Jadi sebagai orang baik, saya cuma nak tanya, tak ada ke 'yang indah' dipandang mata di sepanjang perjalanan tu? Hehehe...

*Kebetulan terjumpa blog sdr dan satu posting lama yang menyebut nama saya. Jadi sekadar singgah untuk menyapa. Jumpa lagi...moga hidup terus direstui Ilahi.

Nikki said...

wafi...biar betul..matt romeo msk dlm blog ko...x pecaya nih...xleh jd...jeles2x...........

e-paint said...

Aloha... nama brita nuan di sana? Nadai nemu rimau besar2? Hahaa... selamat berjuang demi bangsa dan negara! Agi idup agi ngelaban...!

Maswafi Abd Samat said...

Kak Aishah,

Kat sini bolehhlah nak hidup sekadar mencabar diri sejauh mana yang mampu.

Mattromeo,

Akhirnya keluar juga hang setelah aku tercari-cari, banyak yang indah di sini terutama orang ulu (iaitu masyarakat selain Iban). Setakat ni aku cuma jeling-jeling manja je he..hee.

Fini,

He...hee.. kan aku dah bagitau suruh menulis dari dulu.

Ipin,

Maneh, bisik nemu awek yang besar je, hee..hee..

Leva Buut, Leva Suva (Bahasa Kejaman)