Tuesday, April 07, 2009

Cuaca sangat panas tengahari ini hingga mencecah 35 darjah Celcius dan waktu malam yang sejuk kerana hujan yang sentiasa lebat membasahi bumi. Seronok pula hari ini kerana dapat membasuh kain menggunakan mesin basuh yang di bawa sejauh lebih 150 km dengan harga RM550.00 di beli di Bandar Bintulu. Kami bernasib baik kerana pacuan empat roda kami berjaya melepasi tanah runtuh di Long Menjawah jika tidak mungkin kami terpaksa ke Pengkalan Bangu, Bakun dan melalui empat buah jeram iaitu jeram Bangu, jeram Pangin, jeram Tanyit dan jeram Menjawah untuk ke Segaham. Cuma aku tidak selesa dengan perancangan bertolak dari Bintulu pada jam 3.30 petang yang membuatkan kami menghadapi malam yang kelam untuk menurunkan dan menaikkan mesin basuh ke jeti.

No comments: