Thursday, April 09, 2009

Sudah dua pagi murid datang ke pintu rumah menanyakan samada ada sukan dijalankan kerana musim hujan yang tidak menentu, begitu beruntung mengajar pendidikan jasmani di sini kerana mereka terlampau obses terhadap sukan. Petang semalam kami menghabiskan kerja-kerja mengecat bangunan asrama yang masih belum sempurna dengan santai sekali kerana dilakukan tanpa tekanan, aku harap pada bulan jun semua bangunan dapat dicat dengan sempurna.

-

Petang yang sangat panas hingga ke malam masih tidak hilang bahangnya, salakan anjing memanggil hantu pula asyik bersahutan. Tidak keruan dibuatnya kerana tidak selesa menonton tv dan tidur hingga memaksa aku berjonging namun ia cuma bertahan dalam tempoh 20 minit kerana kehilangan air di dalam badan.

No comments: