Thursday, April 16, 2009

Kadang kala agak susah untuk mengajar Bahasa Melayu bila sesuatu kaum itu tidak mempunyai istilah untuk sesuatu perkara. Istilah semudah “masin” pun akan menjadi sukar untuk diterjemahkan secara tepat melainkan ia menjadi kurang garam atau terlebih garam, kerana mereka hanya mempunyai istilah pahit dan manis. Alicia merajuk tidak mahu makan malam walaupun dipujuk berkali-kali, ia lebih rela duduk di dalam kelas menulis huruf-huruf yang dia sendiri pun tidak faham maksudnya kerana masih lagi di tahun satu. Rasanya masalah ini berlaku kerana ia terlalu merindui emaknya, lagipun bagi aku, dia terlalu kecil untuk memahami kenapa ia perlu tinggal berjauhan dengan ibunya.

No comments: