Sunday, April 26, 2009

Suasana di Tanjung Batu sangat indah seperti biasa, mungkin angin laut menyebabkannya begitu selain daripada tanjungnya yang sentiasa dijaga rapi dan penambah baikan namun aku masih belum berpeluang mendaki bukit-bukit di sekitarnya. Dalam perjalanan pulang ke hotel sempat juga aku singgah di rumah Juli mengajaknya sarapan di kawasan Farley, terasa seperti tinggal di Seremban pula. Tinggal di Mastama Inn bukanlah bagus seperti namanya kerana masalah ketiadaan air dan Wifi yang lemah, lebih baik tinggal di Lai-Lai Inn yang dua kali lebih baik walaupun sedikit mahal iaitu RM70 untuk dua katil. Bot Ekspress dari Bakun ke Sibu tidak beroperasi seperti biasa kerana kemarau ini menyusahkan penduduk dari Kapit yang bekerja di Belaga atau Bakun untuk pulang kerana terpaksa menggunakan jalan darat yang sangat jauh.

No comments: