Sunday, April 12, 2009

Cuaca yang sangat ekstrem membuatkan aku terkena demam panas, susah juga mahu ke klinik swasta yang terletak sangat jauh umpama dari Kuala Lumpur ke Taiping jaraknya. Cuma berharap kepada garam berhidrasi dan paracetamol dalam kotak ubat yang sudah semakin susut kerana aku terlupa untuk mengisinya baru-baru ini. Alhamdulillah sudah masuk hari ketiga demam aku dan ia semakin pulih cuma tekak sahaja yang masih berasa sakit. Namun itu bukanlah alasan untuk aku tidak pergi ke Rumah Kejaman semasa majlis keramaian yang mereka anjurkan, sekurang-kurangnya aku menunjukkan muka dengan berpoco-poco yang merupakan perkara wajib di sini.

No comments: