Tuesday, December 01, 2009

Sudah 4 hari Aidiladha berlalu, begitu banyak rakan-rakan datang berziarah sama seperti Hari Raya yang lepas cuma kurang menerima ucapan Aidiladha itupun termasuk daripada awek-awek dari Rumah Panjang. Cikgu Nancy sudahpun berkahwin sabtu lalu dan akan diikuti oleh Cikgu Zairy dan Cikgu Zul pada minggu hadapan dan seterusnya.

Walaupun aku sibuk dengan perencanaan program gotong-royong kampung dua minggu lagi aku cuba mendisiplinkan latihan semaksimum mungkin sebagai persiapan menghadapi hari yang penting Ahad ini di Singapura. Duduk di Sarawak telah menyebabkan aku hilang peluang untuk menyertai banyak larian kerana hampir tiada bentuk sukan larian dipertandingkan di situ dan jika ada sangatlah jauh untuk dicapai

2 comments:

nyOng.is.me said...

biler g singapura? gud luck yek... satu soalan, uncle bile plak nk lgsung. kawan sumer dah.. hehe
jgn marah...

Maswafi Abd Samat said...

Aku langsung lepas raya, insyallah!!!