Monday, July 31, 2006

Misteri Gong Badak


Masih teringat aku semasa di tingkatan 5 di suatu ketika hampir setiap hari Yayha yang tinggal di Felda Trolak itu asyik tertidur di dalam kelas yang aku sangkakan dia tidak cukup tidur angkara mengutip durian yang gugur pada sebelah malam. Dia menafikan nujuman aku kerana yang sebenar-benarnya dia dan kawan-kawannya menerima kerahan tenaga mengangkap orang minyak yang perlu memenuhi tuntutan ilmu sihir iaitu mencabul 44 anak dara seperti yang berlaku di Gong Badak. Bermacam cara yang dilakukan untuk menangkap makhluk itu seperti menggunakan kain batik lepas dan mengumpan menggunakan khidmat bomoh namun semuanya menemui jalan mati. Untuk menamat ceritera ini, seorang bomoh jawa dijemput dari Sungai Besar untuk terus mempupuskan makhluk tersebut. Maka bacaan jantung al-Quran pun dibuat dimana semua jelata dipaksa hadir tanpa tertinggal satupun. Belumpun separuh jantung al-Quran yang maha hebat itu dibaca tampil seorang jelata yang kepanasan mengaku melakukan sihir itu dan mohon diampunkan.

Pulau Mutiara


Sampai sahaja di Stesen Sg Nibong seawal 4.00 pagi 29 July 2006 terus aku beradu di bangku yang disediakan sementara matahari naik seperti arahan Khaliqnya. Perjalanan diteruskan mengambil baju T dan nombor untuk larian di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang Batu Uban yang aku perasan pelan susun atur adalah sama dengan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Dua kali jugalah aku melakukan tawaf di setiap tingkat Kompleks Bukit Jambul sementara menunggu kedatangan Zafrul bersama 40 kawannya yang ditaja oleh syarikat mereka untuk untuk menginap di Krystal Suites. Keadaan di Kompleks ini umpama syurga bagi penjudi-penjudi kerana mesin judi itu tidak pernah disorokkan daripada penguatkuasa di tingkat 5 namun kedai-kedai yang lain samalah seperti keaadan di Mid Valley. Acara wajib iaitu makan di Padang Kota Lama dilakukan pada sebelah malam untuk makan benda yang pelik seperti Sotong Kangkung dan Pasembor walaupun tahu akan menjadi "korban" harga. Jika diberi pilihan tempat ini tidak akan masuk dalam agenda ke Pulau Mutiara di masa hadapan bukan kerana harganya yang mahal tetapi lebih kepada tidak seronok melihat pertengkaran mulut antara peniaga yang berebutkan kami hingga menyaksikan geng Mat Rempit turut ikut masuk campur walaupun sebenarnya semuanya takut untuk bergaduh kerana hanya mendapat luka tanpa menyelesaikan masalah. "Penang Bridge Marathon" yang sudah dua tahun menyepi diperkenankan oleh Dato" Sri Samy Vellu, aku berjaya menamatkan 22.3 km dengan catatan 2 jam 15 minit berbanding Zafrul 2 jam 41 minit. Seperti yang dinujum pelbagai dalil yang diberi oleh kawan-kawan Zafrul yang merupakan panglima "favorites" syarikat mereka kerana kalah dengan aku. Dalil yang sebenarnya bagi aku ialah latihan yang dilakukan tidak mencukupi dan memandang remeh kepada cuaca yang menyebabkan permukaan jalan sangat panas hingga banyak "mengorbankan" kasut dan kaki mereka.

Friday, July 28, 2006

Tiada ucapan terima kasih

Aku ingatkan ucapan terima kasih ataupun anugerah yang diterima semasa mengadap duli tuanku semalam kerana berjaya menjalankan program bersifat "ad-hoc" semenjak dilantik menjadi "event manager", sudahnya nista pula yang diterima kerana kegagalan aku menyelesaikan satu tugas daripada berpuluh-puluh tugas rasmi yang dititahkan. Aku tidak sekali-kali menyalahkan pekerja syarikat yang membuat domba kerana aku, kerana jika aku berada ditempatnya aku pun mungkin marah dan mendomba kepada duli tuanku tetapi sepatutnya duli tuanku mempertahankan panglimanya yang seorang ini. Peristiwa ini samalah seperti aku dititahkan membuat tugas rasmi selama 60 hari kerana ketiadaan seorang pekerja kerana "buatan orang" namun pada hari yang ke 61 aku cuma mendapat nista supaya membuat kerja dengan betul. Biarlah Yang Maha Esa menjalankan tunaiNya terhadap mereka kerana aku mempunyai banyak lagi tugas lain yang lebih penting seperti menyekat pengaruh Khairy Jamaluddin terhadap Pak Lah ataupun "menabur benih" pada Filla yang akan menamatkan perkhidmatannya di sini kerana telah mendapat kerja yang sesuai dengan Diplomanya di Kelana Jaya.

Wednesday, July 26, 2006

Kerana durian Encik Azam kalah lagi


Encik Syahril seperti ayam serama mendapat awek lagaknya dengan begitu mendabik dada kerana kemenangan permainan karom hari ini. Entah apa yang menurun dalam badan Encik Azam kerana asyik kalah dalam semua permainan walaupun dalam permainan karom. Bermacam-macam alasan yang diberi cuma alasan memakan sotong sahaja yang tidak diberi. Antara alasan yang diberi ialah kerana Encik Sengkoi yang menjadi regunya tidak hadir dan puluhan alasan lain seperti angin yang disebabkan durian semasa meraikan Hewlett Packard Tropical Fruit Fiesta seperti yang diceritakan kepada Encik Syahril. Secara jujurnya saya rasa Encik Azam telah hilang “seri” mudanya mungkin beliau patut mandi bunga tujuh jenis menggunakan air tujuh kuala dengan sedikit mandrem jawa.
From: Anonymous [mailto:anonymous-comment@blogger.com] Sent: Thursday, July 27, 2006 9:38 AM To: Maswafi B. SamatSubject: [maswafi.blogspot.com] 7/27/2006 09:38:03 AM

Sememangnya BETUL!!!!Encik Azam sebenarnya bukannya teror tara mana pun, berlagak jer lebih, dah la Kalah masih nak berlagak lagi tuh!!
From: Maswafi B. Samat Sent: Thursday, July 27, 2006 9:48 AM To: Mohd Azam Abd Rahman; Syahril OmarSubject: FW: [maswafi.blogspot.com] 7/27/2006 09:38:03 AM
Jawab Encik Azam, jangan tak jawab
From: Mohd Azam Abd Rahman Sent: Thursday, July 27, 2006 10:03 AM To: Maswafi B. Samat; Syahril Omar; Fadhli B. NordinSubject: RE: [maswafi.blogspot.com] 7/27/2006 09:38:03 AM
Itu suara sumbang yang mahu menjatuhkan seorang talented atlet dekat Faber, tapi hidup mesti diteruskan untuk mengaut keuntungan RMK9, hidup Khairy Jamaluddin!

Zafrul sudah pun melepaskan “lega”nya dengan membuat keputusan maha besar iaitu berhenti kerja, tiada apapun yang mampu mengubah kawan aku yang keras kepala ini waima “counter offer” ataupun berhijrah ke jabatan lain. Secara jujurnya kami memang ada “kimia” untuk berkawan tetapi untuk bekerja bersama-sama rasanya tidak kerana Zafrul bersifat agak autokratik dan mempunyai jangkaan yang tinggi sifat yang mungkin ada pada bosnya sekarang agaknya. Semalam adik aku, Alang datang ke pejabat kerana ada perkara penting yang perlu dibincang katanya hingga tidak boleh ditunda ke lain waktu, rupa-rupanya dia telah dibuang kerja dengan notis 24 jam. Nasihat yang perlu telah diberi untuk ke Pejabat Buruh di Ampang dan birokrasi yang perlu ditempuh. Pesanan untuk tidak memberitahu emak di kampung mengenai perkara ini juga dibuat kerana tidak mahu penyakit menahun darah tingginya naik lagi.

Monday, July 24, 2006


Hari yang sibuk bangat kerana perlu mengambil segala hadiah di Main Gallery Pertama untuk acara "indoor game" esok. Ini ditambah pula terpaksa mengambil motor Encik Safere yang telah ditunda ke Depoh DBKL jinjang bersama 27 biji motor lain gara-gara kelalaian kawannya, maka terbanglah duit kawannya sebanyak RM 75.00 hanya kerana mahu berjimat RM 1.00 duit parkir. Lisa yang sudah mempunyai dua pembantu nampaknya masih menggunakan kesaktian Encik Azam terutamanya untuk menghasilkan "mock up cheque" seperti pada gambar, padahal ceritera yang sebenarnya aku yang membuat "mock up cheque" tersebut samalah seperti yang sebelum-belumnya ini. Encik Azam sungguh bijak apabila menyerahkan "mock up cheque" tersebut tidak pernah pun sekali menyebut nama aku kerana mahu naik pangkat dengan lebih cepat kononnya dia cukup sakti untuk membuat semua kerja.

Ben Nathan yang lara

Semenjak menganut agama langit sudah banyak bezanya penglipur yang seorang ini. Beliau sudahpun bersara daripada nyanyian dan pertapaannya di Brikfields sekarang ini telah bertukar di Pantai Dalam. Bukan sekali tetapi lebih dari pada 5 kali aku terserempak dengannya dalam masa 12 belas purnama aku sedang menyantap sup buatan Mek Kelantan berhadapan di Pondok Polis Bukit Angkasa. Lara penglipur Ben Nathan sunguh nampak sekali kerana dirinya yang kusut, rambut yang panjang dan mungkin baju yang tidak dicuci untuk sekian lama namun itu belum cukup untuk membuatkannya untuk tidak dikenali walaupun kelihatan seperti “kucing mati girlfriend”. Banyak ceritera telah pun dibuat oleh pihak akhbar tabloid, tapi yang paling popular ialah yang konon-kononnya beliau sedang gering kerana buatan orang.



Klang bandar diraja itu sudah jauh bangat saktinya berbanding 12 tahun lalu semasa pertapaan aku kerana mencari rezeki di situ. Semalam aku dan Yazid telah mengerah segala kesaktian kami untuk marathon sejauh 10 km yang menuntut kami mengerabat 5 buah bukit demi menamatkan masa larian kami dalam masa 62 minit untuk tempat ke 132 untuk aku berbanding Yazid 78 minit untuk tempat ke 286. Secara jujurnya inilah trek yang paling gaban pernah aku lalui sepanjang aku menyertai acara larian 10 km di planet bumi. Pulang sahaja daripada mencari rezeki semalam Mat Khairi mendomba denganku kerana telah melihat bekas kekasihnya makan bersama lelaki lain dan terasa marah dan benci yang amat sangat. Mungkin itu tandanya kasih masih bersemi balasku.

Di Sebalik Tabir


Hari ini begitu banyak pendapat yang konstruktif masuk ke kotak emel aku berkenaan blogspot ini terutamanya tentang mengekalkan "web development" supaya tidak nampak semak dan mungkin menyertakan gambar dalam setiap artikel yang ditulis. Sebenarnya begitu banyak tipu daya dilakukan untuk membina laman web ini terutamanya untuk mengelakkan daripada dikesan oleh Encik Azam yang begitu tergugat kedudukannya setakat ini kerana hampir setiap hari di "qeqah" oleh aku. Encik Azam sebenarnya lebih Khairy Jamaluddin daripada Khairy Jamaluddin kerana pernah mahu menamatkan riwayat blogspot ini seperti yang berlaku kepada malaysia-today.com angkara Khairy Jamaluddin. Sekarang ini dia bercita-cita pula mahu melantik penulis upahan bagi menyelamatkan dirinya seperti Khairy Jamaluddin melantik Kallimullah dan Hishamudin Aun menceritakan yang santun tentang dirinya. Namun sebenarnya penyelidikan kod HTML ke tahap dewa sudah cukup membuatkan aku hampir putus asa, mujur sahaja agak mudah mendapat sumber kod tersebut daripada internet.

Thursday, July 20, 2006

Berkat doa agaknya

Pagi-pagi lagi sistem jaringan komputer gagal berfungsi seperti biasa hingga memaksa Encik Azam datang berkerja walaupun matanya masih kero. Encik Azam, Encik Fadhli dan bos mereka seperti kucing nak terberanak melakukan “trouble shooting” hingga memaksa mereka memanggil “third party” untuk menyelesaikan masalah mereka maka Encik Fadhli pun dikerah ke Cyberjaya untuk mengambil pita “back up” dengan motor buruknya di dalam hujan lebat, syabas semuanya walaupun berjaya menyelesaikan hanya pada lima belas minit terakhir sebelum kami pulang. Encik Mamat pula telah dimasukkan ke Taman Desa Medical Centre kerana muntah-muntah mungkin keracunan makan agaknya. Migrain aku dibuatnya hari kerana dua ejen jodoh aku serentak memberikan nombor telefon wanita pilihan mereka hari ini. Pertama Ms. Daisy, bos di Taman Desa Medical Centre mahu memperkenalkan aku dengan salah seorang jururawat di situ kerana yang penting baginya aku masih belum pernah berkahwin. Kedua aku menerima emel kiriman Juliati yang aku temui di jimnasium semalam yang beria-ia mahu memperkenalkan aku dengan kawannya. Mungkin ini adalah berkat doa depan kaabah yang aku kirim melalui Encik Nik Ahmad yang sedang menunaikan umrah agaknya.

Wednesday, July 19, 2006

Hari ini Encik Fadhli telah menjadi lebih Belanda daripada Belanda kerana bos dan rakan sekerjanya iaitu Encik Azam tidak menghadirkan diri atas sebab-sebab yang disengajakan dan kegeringan. Akhirnya Encik Fadhli rasa kecewa kerana rupa-rupanya dalam erti kata sebenar dialah kuli kerana tiada siapa yang ingin bekerja dengannya atau lebih tepat dia tiada kelayakan lagi untuk menjadi bos. Semalam Pak Lah telah mengumumkan peruntukan 15 bilion untuk RMK9, moga-moga naiklah saham aku yang amat memerlukan suntikan maut daripada kerajaan untuk naik kepada RM3.00 yang sekarang cuma berada di tahap RM1.60. Kesan yang paling besar ialah kepada Khairy Jamaluddin kerana beliau tidak perlu menunggu lama untuk membalun harta karun Malaysia. Sekarang sahaja beliau sudah berjaya mengumpul RM189 juta hasil komisen penjualan beberapa syarikat Malaysia kepada Singapura terutamanya Temasek Holdings. Zafrul pula masih bengang dengan bosnya yang mulut celupar tanpa memikirkan perasaan orang lain, rasanya perkara ini telah lama berlangsung namun semalam ia sudah berada di tahap dewa dan mungkin hari ini berlaku peristiwa sama seperti tahun 1999 di mana dia berhenti seperti drama Hollywood.

Monday, July 17, 2006

Tiga anugerah Tanah Tinggi

Pahang dianugerahi dengan Bukit Fraser, Cameron Highlands dan Genting Highlands yang sangat sejuk cukup untuk menarik manusia untuk menikmati keindahannya ataupun mambalun harta karunnya. Sudah banyak kali cubaan oleh Berjaya Group untuk membalun harta kekayaan di Bukit Fraser, mujur sahaja Sultan Pahang tidak pernah memperkenankan urusan tersebut kerana mahukan istananya kekal dalam suasana aman dan desa. Sabtu lepas aku, Zafrul bersama sembilan rakannya menikmati keindahan Bukit Fraser hingga menuju ke Puncak Pine Hill tree yang mengambil masa 5 jam 30 minit perjalanan pergi dan balik. Hingga sekarang aku masih tertanya-tanya bagaimana begitu banyak manusia boleh tersesat di sini kerana laluannya tidaklah sesukar seperti yang digambarkan oleh orang tempatan dan media kerana mempunyai banyak penunjuk arah. Maka rumusan telah dibuat bahawa tempat ini terlampau mistik ataupun kerana kegagalan mereka yang tersesat mencari ratusan pokok pine padahal yang sebenarnya cuma ada dua pokok pine di puncaknya yang telah matang mungkin berusia 100 tahun yang agaknya ditanam oleh James Louis Fraser. Tiada lagi tempoh menunggu untuk naik atau turun ke Bukit Fraser kerana jalan kedua yang rosak pada kejadian tanah runtuh 2001 telah dibaiki 2 bulan lalu atas arahan Tengku Mahkota.

Mawarindu

Entah apa acaranya Ari bekas “room mate” aku beria-ia mengajak aku makan nasi lemak 60 sen bersama isterinya di Jalan Sulaiman Kg. Baru, tahu-tahu sahaja aku diperkenalkan dengan Ita yang sebenarnya duduk sama dalam blok merpati dengan aku cuma tingkatnya sahaja yang berbeza. Mungkin mereka mahu menjodohkan kami berdua agaknya. Namun pada malam itu bukan agenda Ari dan isterinya yang mengganggu fikiran aku tetapi ialah pengedaran pelekat kereta “We love Pak Lah” oleh beberapa pemuda kepada pelanggan. Adakah pengaruh Pak Lah sudah merudum jatuh angkara Khairy Jamaluddin hingga ia memerlukan publisiti yang sedemikian rupa? Mungkin Pak Lah perlu menyunting Mawarindu yang takut Maha Esa itu secepat mungkin untuk menampan kekebalan Khairy Jamaluddin yang tidak pernah takutkan sesiapa mahupun yang Maha Esa itu. Adakah pemergian Pak Lah ke Brisbane baru-baru ini atas alasan kesihatan adalah lanjutan perjumpaan dengan Mawarindu yang sebelum itu berlangsung di Perth? Jika begitu baguslah kerana kami memang sayangkan Pak Lah sebenarnya.

Friday, July 14, 2006

Mungkin kerana cuaca agaknya

Hampir semua rakan-rakan aku dalam bulan yang agak panas dan kering ini "meletup" hanya sebab-sebab yang maha kecil mahupun sebaliknya. Zubir tidak semena-mena "menyerang" Pian di Restoran Syed Bangsar hanya kerana Pian tidak dapat membuat keputusan untuk "makan". Semalam Nani tiba-tiba menghantar emel peringatan kepada Lisa supaya membuat kerja dengan "betul" kerana kesukaan Lisa menghantar salinan kepada (c.c) kepada orang yang tidak berkenaan (dirinya) selain daripada aku orang yang sepatutnya. Timbul pula cerita aku mempunyai skandal dengan Filla (orang baru) hanya kerana aku mempertahankan tindakannya mengambil cuti kecemasan maka "nasihat" telah diberi kepadanya semalam supaya melakukan perkara dengan betul untuk masa hadapan. Semalam Zafrul tiba-tiba naik angin hanya kerana aku tidak mahu mengikutnya ke puncak Nuang pada 23 Julai 2006 meraikan kepulangan Rajan dari Qatar kerana komitmen aku untuk Larian Klang. Aku pun naik angin dengan memberi alasan bahawa larian adalah aktiviti utama aku sebelum aku "berjumpanya" dan aku lakukannya adalah untuk diri aku serta bukankah ada tempat yang lebih baik untuk meraikan Rajan? Hari ini Syed Hamid Albar naik angin kerana dituduh menjual pasir ke Singapura yang sebenarnya adalah "skrip" Khairy Jamaludin kepada media untuk menghancurkannya demi mencapai tujuan menjadi ahli parlimen dalam masa terdekat dalam mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri.

Tuesday, July 11, 2006

Transfer of Technology

Itulah kata-kata oleh Encik Danny Hamdan supaya mengambil tempat bos aku dalam ahli jawatankuasa Kelab Sukan kerana bos aku telah mendapat jawatan baru sebagai Bendahari pukul 4.10 petang tadi. Oleh kerana mendapat perangsang daripada semua orang termasuk "big bos", maka jawatan itu diterima dengan rela paksa atau mungkin takut tidak menerima imbuhan bonus pula tahun hadapan. Maka episod "kerja amal" akan bermula hari ini tanpa tangguh kerana banyak yang perlu dibereskan menjelang pertandingan karom dan congkak pada 25 dan 26 Julai 2006. Minggu ini ramai yang pergi kerja membawa muka "selsema burung" kerana kalah berjudi bola. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Durai sahaja kalah sebanyak RM 4,800.00 sepanjang pertandingan Piala Dunia, entah apa yang mereka fikirkan hingga sanggup meleburkan wang sebanyak itu yang mungkin 15 purnama untuk dikumpulkan hanya kerana sebiji bola!.

Monday, July 10, 2006

Rabu lepas mujur sahaja aku tidak mengambil mudah kempunan "Kenny Rogers" Si Rina, kerana selepas 12 jam dia mendapat "Kenny Rogers"nya maka lahirlah bayi perempuan yang merupakan anak keempatnya. Entah apa "pawana" sabtu lalu aku boleh menemankan Zafrul yang kempunan menonton Superman membeli tiket wayang di KLCC selepas berjogging dengan memakai seluar pendek sahaja. Pawana itu juga terus membuatkan aku pulang ke kampung dengan tiba-tiba tanpa dirancang. Mak aku banyak pula ceritanya kali ini iaitu tentang Mak Tam jiran kami yang anaknya dipinang oleh orang kaya Felda Trolak. Mak Tam menerima tekanan daripada orang kampung supaya menaikkan jumlah hantaran yang kononnya sangat sedikit iaitu sebanyak RM4000.00 namun ia tetap dengan keputusannya, "mungkin kecil kendurinya akan di "adjust" mengikut sedikit duitnya" tambah mak aku. Parti Keadilan pula sudahpun membuka pejabat operasinya yang agak besar di Kg. Balun Slim River, entah apa modus operandinya kali ini. Encik Azam pula pulang ke Sendayan untuk menziarahi mentuanya sambil menjenguk tanahnya sekali. Hari ini nampaknya aku terpaksalah membelanja Kak Kursiah yang lawa itu Nasi Beriani kerana Perancis kalah untuk Piala Dunia.

Friday, July 07, 2006

Kerana Kasih

Semalam sekali lagi "employment dismissal" dikeluarkan hingga memengsankan penerimanya, mujur sahaja laporan polis tidak dibuat, jika tidak sudah pasti dia meringkuk dalam jeriji besi. Dia sanggup "meminjam" duit syarikat demi menyara suaminya yang telah tidak bekerja. Ini semua dilakukan kerana kasih yang tidak berbelah bahagi terhadap suami tercinta. Agaknya apa tindakan suaminya selepas ini, sama ada lepas tangan dengan cabut lari duduk bujang dan tinggalkan isteri terkontang-kanting macam "house mate" aku ataupun mulakan dengan "hidup baru" kerana hidup perlu diteruskan. Bagi aku dari segi moral cintanya terhadap suaminya telah pun dibuktikan! tetapi malangnya daripada segi undang-undang ia tetap salah, kerana undang-undang tidak pernah sekalipun memikirkan isi kandungan moral di dalamnya.

Wednesday, July 05, 2006

Because of me, myself and I

Itulah kata-kata yang diucapkan oleh Datin Paduka Syarifah Mazlina.bila di tanya apa yang memberikan perangsang untuknya menyeberangi kutub selatan secara solo pada kursus motivasi hari ini. Katanya lagi bila kita membuat sesuatu untuk diri kita akan mendapat satu kepuasan yang nyata. Kata-kata ini membuatkan aku teringat perbualan kawan-kawan Zafrul sabtu lepas yang mahu menipu dalam larian Jambatan Pulau Pinang yang berlangsung 30 Julai 2006. Aku dapat melihat air muka Zafrul agak kecewa dengan niat mereka tambahan lagi pengangkutan dan penginapan mereka telah di taja oleh syarikat yang berjumlah 40 orang. Rasanya baru sekarang aku tahu kenapa Zafrul jarang sekali melibatkan kawan-kawan daripada syarikatnya dalam aktiviti kami iaitu mungkin tidak akan mendapat kepuasan kerana mereka bukan melakukannya untuk diri mereka tetapi hanya sekadar mencukupkan syarat penyertaan untuk dilihat oleh pihak pengurusan.

Salin Bunuh


Merupakan salah satu ilmu yang tertinggi dalam ilmu batin masyarakat melayu, dimana falsafahnya "bunuh tak bunuh, yang lain kena bunuh". Kebanyakan masyarakat melayu menggunakan istilah ilmu kebal untuk salin bunuh. Kenapa dipanggil salin bunuh, ini kerana bukannya pengamalnya yang akan ditikam musuh tetapi akan digantikan dengan benda lain seperti batang pisang. Untuk mendapatkan ilmu ini kenalah melalui ujian rendaman di sungai sebelum "terbang lalat" dengan ancaman ombak besar dan mungkin juga naga. Wirid tertentu perlu di amal selama tiga hari berturut-turut sebelum ujian dilakukan dengan kiraan 33, 148 dan 777 dengan sekali duduk. Kita juga mesti menerima bahawa untuk memulangkan kembali ilmu ini adalah sangat susah iaitu "untung sabut timbul, untung batu tenggelam".

Tuesday, July 04, 2006

Seorang "self terminate" kerana melanggar kontrak dan seorang "employment dismissal" selepas "domestic inquiry" semalam. Dua perkerja baru melaporkan diri semalam dimana seorang daripada Felda Trolak Selatan iaitu orang kampung aku. Zubir pula memulakan kehidupan di rumah baru setelah empat kali berpindah di sekitar Pantai Dalam dan Kerinchi dalam masa tiga tahun, mungkin "tiada kimia" dengan "house mate" agaknya kata Mat Khairi. Zafrul sudah hari kelima tidak makan nasi dan hanya makan buah-buahan dan roti semata-mata untuk menurunkan berat badannya menjadi seperti Hans Isaac agaknya. Nathan despacth aku yang tersayang pula asyik mamai sahaja selama dua minggu ini. Ini semua kerana dia dalam perancangan nak bernikah dengan janda anak dua dalam masa terdekat, teruk betul la dia ni bukannya nak tunggu aku kahwin dulu. Encik Mamat hari ini dengan murung datang berjumpa aku untuk menanyakan lebihan belanja perubatannya yang hanya tinggal sedikit kerana isterinya yang sentiasa sakit itu sejak tiga bulan lalu. Bila aku tanyakan sakit apa? jawabnya kena santau dan lebih 20 bomoh telah berjumpa termasuk Dr. Dato Harun Din tapi hasilnya masih mengecewakan.

Sunday, July 02, 2006

Hari yang bertuah


Jumaat lepas aku sekali lagi menjadi "shaolin" Encik Roslan dengan menemaninya untuk makan malam anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia di JW Marriot. Aku terpaksa "control macho" bila makan kerana Encik Tajul salah seorang orang besar di syarikat aku duduk disebelahku. Agak menarik juga persembahan Azizi, Shahrin dan Mawi berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Tapi yang lebih menarik Mawi mencabut nombor bertuah aku sambil menyebutnya dalam bahasa jawa. Maka ditakdirkan saya akan ke Padang Indonesia selama 4 hari 3 malam dalam masa enam bulan, tapi apa yang menyebabkan otak aku menjadi semak ialah siapa yang akan mengikut aku ke sana?