Mungkin kerana cuaca agaknya
Hampir semua rakan-rakan aku dalam bulan yang agak panas dan kering ini "meletup" hanya sebab-sebab yang maha kecil mahupun sebaliknya. Zubir tidak semena-mena "menyerang" Pian di Restoran Syed Bangsar hanya kerana Pian tidak dapat membuat keputusan untuk "makan". Semalam Nani tiba-tiba menghantar emel peringatan kepada Lisa supaya membuat kerja dengan "betul" kerana kesukaan Lisa menghantar salinan kepada (c.c) kepada orang yang tidak berkenaan (dirinya) selain daripada aku orang yang sepatutnya. Timbul pula cerita aku mempunyai skandal dengan Filla (orang baru) hanya kerana aku mempertahankan tindakannya mengambil cuti kecemasan maka "nasihat" telah diberi kepadanya semalam supaya melakukan perkara dengan betul untuk masa hadapan. Semalam Zafrul tiba-tiba naik angin hanya kerana aku tidak mahu mengikutnya ke puncak Nuang pada 23 Julai 2006 meraikan kepulangan Rajan dari Qatar kerana komitmen aku untuk Larian Klang. Aku pun naik angin dengan memberi alasan bahawa larian adalah aktiviti utama aku sebelum aku "berjumpanya" dan aku lakukannya adalah untuk diri aku serta bukankah ada tempat yang lebih baik untuk meraikan Rajan? Hari ini Syed Hamid Albar naik angin kerana dituduh menjual pasir ke Singapura yang sebenarnya adalah "skrip" Khairy Jamaludin kepada media untuk menghancurkannya demi mencapai tujuan menjadi ahli parlimen dalam masa terdekat dalam mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment