Monday, July 17, 2006

Mawarindu

Entah apa acaranya Ari bekas “room mate” aku beria-ia mengajak aku makan nasi lemak 60 sen bersama isterinya di Jalan Sulaiman Kg. Baru, tahu-tahu sahaja aku diperkenalkan dengan Ita yang sebenarnya duduk sama dalam blok merpati dengan aku cuma tingkatnya sahaja yang berbeza. Mungkin mereka mahu menjodohkan kami berdua agaknya. Namun pada malam itu bukan agenda Ari dan isterinya yang mengganggu fikiran aku tetapi ialah pengedaran pelekat kereta “We love Pak Lah” oleh beberapa pemuda kepada pelanggan. Adakah pengaruh Pak Lah sudah merudum jatuh angkara Khairy Jamaluddin hingga ia memerlukan publisiti yang sedemikian rupa? Mungkin Pak Lah perlu menyunting Mawarindu yang takut Maha Esa itu secepat mungkin untuk menampan kekebalan Khairy Jamaluddin yang tidak pernah takutkan sesiapa mahupun yang Maha Esa itu. Adakah pemergian Pak Lah ke Brisbane baru-baru ini atas alasan kesihatan adalah lanjutan perjumpaan dengan Mawarindu yang sebelum itu berlangsung di Perth? Jika begitu baguslah kerana kami memang sayangkan Pak Lah sebenarnya.

No comments: