Thursday, February 15, 2007

Laluan ketiga dari Kerinchi ke Lembah Pantai telah pun dibuka setelah di tutup bertahun-tahun dan kereta Iswara Merah yang menghalang parkir Presiden Persatuan Penduduk telah pun di alihkan. Kasihan aku melihat Azrin yang tekun datang ke pejabat sambil menggunakan tongkat kerana retak kaki bermain futsal samalah ketekunannya jika menyiapkan cerita di dalam blognya. Akhirnya blog Nafastari betul-betul menginsafkan aku dengan ceritanya yang bersahaja tapi penuh makna dan hampir tiada kesalahan tatabahasa di dalamnya membuatkan aku rasa malu pula dengan diri sendiri, mujur juga penyimpangan tatabahasa di benarkan dalam berkarya dalam teori sastera. Tetapi ia belum cukup untuk menginsafkan aku daripada mengutuk kawan-kawan aku dan rasanya tidak salah jika aku menempatkan blognya dalam kasta yang paling tinggi setaraf dengan blog Azrin.
-
Nini sudah menawarkan diri untuk menjadi ejen pencari jodoh cawangan Kuala Lumpur, namun persoalannya adakah aku cukup “berani” untuk itu? Bermacamlah pendapat yang dikeluarkan oleh kawan-kawan aku dan yang kenyataan yang paling berani ialah “tua di dalam seluar”, kalau di ikutkan sifat romantis aku mahu sahaja aku cium dahi orang yang gatal tangannya menekan papan kekunci komputernya itu. Sampai sekarang aku tidak mempunyai jawapan untuk itu atau mungkin benar kata Kak Kursiah yang sebenarnya aku tidak bersedia.
-
Kalau bermain saham memang aku cukup berani dan masih meletakkan 25 peratus untuk bertarung dengan jerung pada harga RM4.26 semalam setelah 50 peratus di jual pada harga RM3.32 jumaat lepas. Aku dapat merasakan Orang Kaya yang memberi kenyataan berani itu amat kecewa kerana kerugian berbelas ribu ringgit, nampak gayanya terpaksalah aku sendiri memantau pintu keluar tingkat 21 sebelum Orang Kaya melakukan perbuatan yang tidak di ingini. Begitu juga aku terpaksa memantau tangga di kondominum Danau Permai kerana di khuathiri pula terpaksa memegang jawatan Presiden Persatuan Orang Bujang Taman Desa jika presiden aku mengikut jejak Rajan tiga minggu lepas.

6 comments:

Anonymous said...

salam

oh! pujian untuk nafastari tu terlalu melangit

-nafastari

Anonymous said...

sy teringin jugak nak wat blog ni...mcmaner lah ye? ade sesape sudi tunjuk kan hehehe.
abg mas ke?

Maswafi Abd Samat said...

Boleh tiada masalah, Abang boleh tolong "tunjukkan".

Anonymous said...

heh manernyer

Maswafi Abd Samat said...

Pergi kat web i paling kiri sebelah atas ada ikon "B" merah, klik kat situ nanti dia bagi manual macam mana nak buat. Selamat berjaya nanti adalah bahan baru untuk dikutuk.

Anonymous said...

LOL ;)