
-
Semakin hari semakin teruk pula demam yang melanda walaupun sudah 4 biji buah kelapa muda dan berbotol-botol air barli aku minum. Mungkin kerana alahan limau mandarin yang mempunyai banyak bahan pengawet di dalamnya ataupun aku merindui seseorang agaknya. Selepas Zohor tadi Makcik Hajar mengadakan kenduri untuk cucunya dan pada malam kelmarin Haji Kamaruddin juga mengadakan kenduri sebagai tanda "orang baru di sini, yang pasti masak lemak dan masak tauchu tidak pernah dilupakan berbanding masak tempoyak yang kononnya kegemaran orang Perak.
-Rasanya perjalanan aku dan Shida sudah menemui jalan buntu, sampai sekarang aku masih belum menemui kimia di antara kami. Dia yang berumur 21 tahun hingga ke panggilan terakhir semalam masih memberi syarahan tentang "do and don't" dalam hidup aku. Pernah juga aku bertekak tentang perkara yang sangat kecil dengannya di KFC Alpha Angel hinggakan kalaulah bakal mak mertua aku berada di situ sudah tentu nama aku akan dipadamkan dalam senarai calon menantunya. Ini bermakna keinginan aku untuk mengetahui siapa makhluk yang memperkenalkan nama aku kepadanya tidak kesampaian.
2 comments:
mana nak cari tebu berkulit hitam?
Susah sikit nak cari sekarang ni kerana tebu hitam ni orang jarang tanam kerana agak keras dan kurang air berbanding dengan tebu kuning. Boleh tau nak buat ape? kalau serius kau nak aku carikan kalau ada kat kampung aku.
Post a Comment