Hujan turun dengan lebatnya hari ini bermula dari pagi hingga ke petang, betapa kejadian agung ini tidak dapat ditahan sedikitpun oleh mahkluk ciptaan Yang Maha Esa walaupun diberikan sedikit kuasa mungkin cuma kroni Khairy Jamaluddin seperti Azam Orang Minyak mengambil kesempatan membalun harta kekayaan Malysia dengan mengambil tender membesarkan sungai. Aku pulang ke Vista Angkasa pada awal pagi dan pergi ke pejabat juga pada pagi yang sama hari ini, ini menunjukkan bahawa aku mempunyai tugas yang sangat penting harus diselesaikan segera. Tugas penting itu adalah sebenarnya tugas yang tidak masuk akal iaitu gaji harus berada di dalam poket kakitangan pada 14 haribulan pada bulan ini, macam manalah mahu menghadapi kehidupan selama 42 hari lagi sebelum menerima gaji bulan Januari!.
1 comment:
jawapnya, pagi mkn quarker Oats, tenghari makan maggie, mlm mkn roti gardenia dgn sambal bilis sedap tu....
Post a Comment