Monday, December 31, 2007

Rasa tenang jiwa aku bila Pian dan Farrah sudah memberikan reaksi positif terhadap aku di saat-saat akhir tinggal di Kuala Lumpur. Walaupun aku ketinggalan keretapi sewaktu pulang ke Sungkai sabtu lalu, reaksi positif yang aku dapat sewaktu menemankan Pian makan di KL sentral lebih bermakna untuk aku daripada tiket yang berharga RM7.00 itu dan semalam aku berjumpa lagi dengannya dengan memulangkan semua barang-barang yang aku pinjam. Aku rasa Farrah sudah tidak marahkan aku lagi di atas kesilapan lalu melalui sistem pesanan ringkas terima kasih kerana aku telah mengeposkan sijil “finisher” Great Eastern 30.1km lalu yang berada di dalam simpanan aku. Setelah setahun mengenalinya, aku rasa kami berdua ditakdirkan cuma boleh menjadi pasangan kawan yang ideal namun bukan sebagai kekasih.

2 comments:

Anonymous said...

trust me, u deserve someone better. sapa kawin dengan i, menempah MAUT sebenarnya. i'm VERY hot-tempered, VERY ignorant, VERY irritating and VERY ridiculously annoying.

Maswafi Abd Samat said...

I anak yang degil tetapi praktikal, jenis manusia yang akan melakukan dahulu baru baru mengatakan tidak. Gagal??? sudah banyak kali gagal dalam hidup. Life must goes on.