Kontrak Sosial
Jika seorang guru masuk ke kelas yang pertama kali di ajarnya sudah menjadi kebiasaan ia akan mengambil masa beberapa minit untuk menetapkan beberapa perjanjian (kontrak sosial) dengan murid-muridnya yang kadang-kala merupakan peneguhan kepada peraturan bertulis yang sedia ada. Jika melihat dari sudut sastera sejarah rumpun melayu berlaku kontrak sosial apabila peristiwa waadat antara Demang Lebar Daun (rakyat) dan Sang Sapurba (pemerintah) seperti berikut:-
"…hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun." Baiklah, Tuanku. Tetapi jika anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patikpun mengubahkanlah."
Natijah daripada perlanggaran waadat tersebut empayar Melaka telah lenyap hingga sekarang. Secara mudah kontrak sosial dapat di definisikan sebagai perjanjian bertulis atau tidak bertulis lebih daripada dua pihak, jika berlaku perlanggaran terhadap perjanjian tersebut maka keadaan akan menjadi tidak harmoni.
Selepas kekuasaan parti UMNO merosot selepas PRU 12 yang lepas terdapat beberapa pihak yang cuba mencabar perlembagaan Malaysia di mana di dalamnya tertulis jelas kontrak sosial yang telah dicapai sejak zaman pra kemerdekaan. Bermula dengan tuntutan tidak masuk akal HINDRAF, Gerakan, MCA dengan di sokong oleh orang Melayu sendiri membuatkan aku tertanya-tanya adakah sistem pendidikan yang ada sekarang sudah tidak mencukupi menjelaskan perkara tersebut.
Dimana silapnya pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sejarah tidak dapat merungkai kehebatan orang melayu memberikan kerakyatan kepada orang Cina dan India secara "jus soli" dengan syarat mereka tidak akan mengungkit empat perkara iaitu:-
i. Agama Islam sebagai agama persekutuan (Perkara 3)
ii. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi (Perkara 152)
iii. Hak-hak keistimewaan orang Melayu (Perkara 153)
iv. dan Majlis Raja-Raja. (Perkara 38/181)
Terdapat banyak bantahan terhadap agama Islam seperti seruan azan yang tidak sampai lima minit, tuntutan supaya agama lain juga diberikan peruntukan, mencabar undang-undang syariah, mengadakan forum mengkaji kedudukan Islam serta bermacam karenah yang didiamkan sahaja. Kalau difikir secara logik sudah namanya agama persekutuan sudah tentulah ia mendominasi segala keperluan yang ada, namun mereka harus bersyukur kerana mereka amat bebas mengamalkan segala ajaran agama mereka tanpa gangguan cuma tidak dibenarkan untuk penyebarannya.
Orang Melayu dengan Islam tidak mungkin dipisahkan jika meminjam kata-kata Prof. Hamka iaitu “orang Minangkabau tanpa Islam hilang “minang”nya jadi kerbaulah ia dan orang Melayu tanpa Islam hilang “me”nya, jadi layulah dia. Untuk memenuhi keperluan tersebut pelbagai agensi berteraskan agama persekutuan ditubuhkan memastikan orang Melayu tidak layu dan dalam masa yang tidak pernah menindas agama lain.
Lim Guan Eng yang baru memerintah Pulau Mutiara sudah menunjukkan belangnya mencampur-adukkan lain-lain bahasa dalam papan tanda jalan mungkin meniru kepimpinan Theresa Kok yang melakukan perkara yang sama di Bukit Bintang. Mungkin mereka meniru “stail” mentor mereka di Singapura yang menjahamkan bahasa Melayu walaupun sehingga sekarang ia masih merupakan bahasa kebangsaan di situ. Seingat aku sejarah susur galur bahasa Melayu (austranesia) hanya meliputi sekitar kepulauan Borneo, kepulauan Indonesia, tanah Melayu dan Indocina. Sekaligus menunjukkan orang Cina dan India adalah kaum pendatang berbanding dengan orang Melayu yang merupakan penutur asal kawasan Tanah Melayu dan kawasan serumpun.
Di dalam sistem pendidikan pun tidak kurang hebatnya dengan sesuka hatinya cendiakawan yang ada menukar bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia dalam kurikulum walaupun hingga setakat ini perlembagaan Perkara 152 mengenai status bahasa Melayu tidak pernah berubah. Bila bercerita tentang soal hak-hak keistimewaan orang Melayu, keadaan menjadi lebih parah. Dari soal perjawatan di sektor awam, kuota biasiswa, pertempatan di IPTA, permit dan lesen serta perlaksanaan DEB. Bayangkan jika kita pergi ke jabatan kerajaan yang didominasi oleh orang Cina dan India di kaunter, sudah tentu tidak nampak suasana Melayunya tanah air ini! Lagipun kerajaan tidak pernah melarang iklan perjawatan di dada akhbar yang hanya di khususkan kepada orang Cina dengan meletakkan simbolik ayat “boleh berbahasa Mandarin” sebagai syaratnya.
Orang Cina yang dilihat masih tidak berpuas hati dengan pemberian biasiswa 65-45 kepada orang Melayu dan kaum lain dikalutkan lagi dengan kenyataan Khalid Ibrahim yang mencadangkan pembukaan UITM kepada kaum lain. Bagi Anwar Ibrahim mahupun Khalid Ibrahim kenyataan ini menggambarkan seolah-olah merekalah yang paling adil di planet bumi ini dengan dasar liberal mereka demi cita-cita mereka. Tanpa Perkara 153 aku sendiri mungkin tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti kerana merit STPM aku yang rendah ketika itu. Apalah yang boleh diharapkan dengan budak kampung seperti aku dengan suasana pembelajaran yang tidak kondusif dan kekangan kewangan jika hendak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai segala-galanya itupun kedengaran keputusannya cuma “cukup makan”.
Jika melihat soal-soal kenapa tender-tender kerajaan diberi kepada orang Melayu sebenarnya orang Cina masih lagi mengaut keuntungan kerana kontraktor Melayu masih lagi terpaksa membeli bekalan mentah dari orang Cina yang mengawal kegiatan perniagaan di sini. Juga mereka masih lagi mendahului orang Melayu walaupun DEB sudah lama dilancarkan. Sebenarnya maksud keadilan di Malaysia mahupun dalam Islam bukan bermaksud pembahagian sama rata sebenarnya, ia lebih kepada bagaimana pembahagian mengikut keperluan supaya semua pihak tidak tertindas.
Mungkin membuat analogi perhubungan adik-beradik lebih mudah difahami oleh rakyat Malaysia, katakanlah ibubapa kita membantu adik-beradik kita dalam soal kewangan kerana ketidakstabilan ekonominya, adakah kita akan marah perbuatan itu walhal dalam masa yang sama kita adalah orang kaya. Jika kita marah maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan kita kerana sepatutnya kita turut membantu adik-beradik kita.
Dalam soal Majlis Raja-Raja kita seolah-olah melupakan peranan mereka, jika dilihat dalam soal struktur pemerintahan negara Yang Di Pertuan Agong adalah bertindak sebagai Ketua Negara manakala untuk negeri ketuanya adalah sultan. Hanya Majlis Raja-Raja yang boleh melantik Yang Di Pertuan Agong bukannya parti-parti politik yang memerintah. Sekarang ini berlaku pula provokasi di media massa oleh parti-parti politik terhadap sultan-sultan tentang siapa yang patut dilantik sebagai Ketua Menteri di negeri mereka, ini jelas berlaku di negeri Perak, Perlis dan Terengganu. Bagi aku setiap rakyat harus taat setia kepada sultan mereka kerana negeri ini kepunyaan mereka dan mereka berhak menentukan siapakah yang patut mentadbir negeri mereka selagi mereka tidak berlaku zalim kepada kita seperti waadat yang telah dijalankan.
Sebenarnya jika orang Cina dan India mempertikaikan empat perkara di atas mereka seolah-olah mempertikaikan soal kerakyatan mereka sendiri sebagaimana kontrak sosial yang telah dibuat. Mereka harus bersyukur dengan kerakyatan yang diperolehi mereka mempunyai segalanya di sini berbanding dengan orang Melayu walaupun mempunyai perlembagaan yang melindungi mereka tetapi masih jauh ketinggalan.
Sebelum aku berhenti menulis eloklah aku memberikan sedikit teks “Zion Protocol” (10) mungkin ia memberikan idea apa yang sedang berlaku sekarang.
“…kita mesti mengeruhkan hubungan di antara rakyat dan pemerintah di semua negara dengan menimbulkan perbalahan, kebencian, pertentangan, iri hati, bahkan dengan menyebabkan seksaan, kebuluran, penyakit, kemiskinan supaya kaum-kaum goyim (manusia babi) tidak nampak jalan lain melainkan mencari perlindungan di bawah pemerintahan kita yang mempunyai kedaulatan atas kewangan dan sekalian yang lain. Tetapi kalau kita berikan negara-negara di dunia ini berpeluang berfikir dan membuat keputusan, maka saat yang kita nanti-nantikan sudah tentu tidak akan tiba”.

3 comments:
Kenapa u rasa Lim Guan Eng tu menunjukkan belangnya just because of that papan tanda issue? I rasa BM tetap ada kan, bukannya dihapuskan terus. In fact, ada diselitkan juga tulisan jawi. Walaupun I setuju dgn hujah u ckp Melayu dan Islam umpama lagu dan irama, and kita harus sentiasa memperjuangkan bangsa sendiri, tetapi Islam kan bukan agama yg zalim dan penuh paksaan. Kenapa isu2 macam ni boleh jadi mainan politik and dikaitkan dgn hak2 keistimewaan melayu plak? Tak faham betul I. It's just papan tanda jer.
U ni kenapa negatif sgt terhadap DSAI? Mungkin u cuma terlalu percaya dan berpegang teguh kpd sejarah2 lama shj kot tentang kepimpinan United Malays Nation Organization tu. Well I think you better EXPAND YOUR HORIZON, READ more and BERFIKIR GUNA AKAL yang WARAS. Betul, tanpa sejarah kita mungkin takde kat sini. Tapi kita jugak yang nak create sejarah untuk anak cucu kita nanti, kan? Kalau UMNO-BN taknak berubah, asyik busy kejar jawatan kejar duit semua, I tak tahu sempat ke tak anak cucu I nak rasa nikmat hidup di muka bumi ni. Kepimpinan UMNO dulu MUNGKIN releven. Tapi skrg, God knows.
I rasa u ni tgk MEDIA MASSA ARUS PERDANA byk sgt ni ;p sekali sekala tune in la kat side satu lagi. Baru ADIL and lebih terbuka sikit pemikiran.
Tapi I setuju bila u mention orang Cina dan India tidak patut mempertikaikan soal kerakyatan mereka. And juga, hak2 istimewa orang melayu dan raja2 tidak patut dipertikaikan, juga I setuju.
Sorry panjang plak comment I ni.
Terima-kasih kerana sudi berkongsi bicara. Jawapan saya mungkin membantu:-
i. Sudah termaktub bahawa Bahasa Melayu harus digunakan sebagai bahasa rasmi. Kenapa pula perlu ada bahasa lain? Itu mencabar perlembagaan, jika untuk premis perniagaan tiada masalah.
Perlembagaan adalah dokumen bertulis yang diterima pakai oleh semua kaum. Malaysia seumpama "time bomb" yang sentiasa harus dijaga dengan baik.
ii. Sebab DSAI pro Amerika dan pernah menghentam PAS suatu masa dahulu. Siapa pun Amerika dibelakangnya adalah Yahudi. Baca buku "The International Jew".
iii. Memang betul UMNO dah lari dari landasan, dan ia telahpun menerima balasan semasa PRU 12. Semoga menjadi pengajaran kepada UMNO supaya berubah, jika tidak berubah saya berharap PAS akan bertanding semua kawasan Parlimen untuk membentuk sebuah kerajaan.
iv. Segelintir orang Cina atau India tidak kira BN atau pembangkang sudah mula mempertikaikan kontrak sosial, itulah masalahnya bila UMNO tidak kuat. Pada tahun PRU-2004 UMNO sangat kuat hinggakan jika UMNO dan PAS bergabung ia dapat membentuk sebuah kerajaan tanpa MIC, MCA dan, Gerakan.
Tetapi UMNO cukup baik tidak melakukannya, pada masa itupun kedudukan UMNO di Pulau Pinang melebihi Gerakan, soalnya UMNO tidakpun mempersoalkan kenapa mereka tidak dilantik sebagai Ketua Menteri.
Isu papan tanda : Ingat kata orang tua-tua - lulus jarum luluslah kelindan!
Post a Comment