Friday, March 06, 2009

Bekalan air gunung tiba-tiba putus dari petang semalam kerana hujan sudah tidak turun selama dua hari, begitu juga keadaan Batang Rajang sangat cetek airnya. Hari ini masih ramai yang bercerita tentang hantu yang menyerupai aku, sebenarnya aku bukanlah gemar sangat tentang sensasi ala-ala Nyang Rapik kalau disensasikan berkahwin dengan Fasha Sandha mungkin sedap didengar. Aku terpaksa keluar ke Belaga di atas urusan seri paduka baginda yang harus diselesaikan sebelum 13 mac, terbang juga wang aku kerana terpaksa menyewa hotel kerana tiada perahu untuk pulang ke Segaham selain daripada tambang perahu yang agak mahal daripada biasa kerana kurang penumpang.

4 comments:

Pakwar said...

apa khabar pelagus bila surut sebegini? lama tak dengar khabar long segaham , rasanya ada kenalan nama tina anyit kat situ

Bila Diary Bercerita said...

Wafi,
apa klassss dgn Fasha Sandha. Kalu digandingkan dgn Sari Yanti baru gempak. Comel dia tu..

Anonymous said...

Huh? Bukan ke terkini FAsha suka duda? Bukan ek? Eheks...

Maswafi Abd Samat said...

Kalau Fasha nakkan aku. Aku sanggup mengaku duda!!!! hee..hee..