Saturday, March 07, 2009

Tom akhirnya keluar dari pertapaannya di Long Apoi, Baram Tengah setelah menaiki sampan selama sejam, melalui jambatan gantung sebelum mengambil pacuan empat roda selama 4 jam untuk ke jeti melalui jalan balak. Perjalanan bot ekspress ke Marudi adalah selama 4 jam yang merupakan pusat pentadbirannya dan terpaksa menambah 4 jam lagi ke Miri untuk pulang ke Semenanjung. Ini bermakna kos yang dikeluarkan oleh Tom ialah sebanyak lebih kurang RM700 jika pergi secara individu dan RM300 jika secara berkumpulan. Ini bermakna Tom menduduki tempat yang kedua paling susah keadaannya di Sarawak selepas Losung Laku berdasarkan pengalaman aku yang sedikit ini.

2 comments:

Pakwar said...

pernah sampai lusung laku? air terjun cantik macam niagara falls

Maswafi Abd Samat said...

Tak pernah sampai, aku baru 3 bulan kat sini. Banyak masa lagi, orang yang abang tanya tu dah tak wujud lagi rasanya!