Friday, October 09, 2009


Belumpun sempat untuk menikmati air bersih Sg Musi selama 2 hari ia kembali kering kontang. Keadaan di sini seperti biasa walaupun Malaysia menerima ugutan serangan bamboo dari udara, darat dan air. Di hulu Bakun pernah berlaku Ganyang Malaysia berpuluh tahun lalu, itulah kisah segelintir rakyat Indonesia yang sudah tidak ada kerja untuk dibuat melainkan melakukan kerosakan di muka bumi. Kuih raya sudah semakin susut namun aku masih belum mendapat “seru” untuk menjamu kawan-kawan kerana masih belum melupakan peristiwa malang sewaktu pulang ke Segaham.

No comments: