Perjalanan hari ini bermula tepat jam 4.00 pagi dengan menumpang Land Cruiser Ah Kiat, pada seawal pagi ini kami bernasib baik berjumpa dengan pelanduk berhampiran dengan Bukit Jayong. Pada jam 6.20 pagi kami sudahpun berjaya menempuh kem balak terakhir di Tubau, alhamdulillah perjalanan kami lancar tanpa gangguan manusia keparat di antara jalan yang paling merbahaya untuk ke Bintulu pada waktu pagi dan malam. Ini adalah perjalanan mengelilingi dunia yang ketiga buat aku, sebelum ini kerana menghadiri kursus dan lawatan ke SK Nganga Tiau. Alhamdulillah aku berjaya sampai ke Sibu pada jam 12.00 tengahari namun membatalkan hasrat untuk terus ke Kapit kerana perlu membeli pakaian yang sesuai untuk temuduga di Wisma Sanyan.
No comments:
Post a Comment