Bentuk Jaguh Sukan Sejak Usia Muda
Seorang jaguh sukan tidak dilahirkan secara semula jadi. Sebaliknya usaha perlu dilaksanakan pada usia seawal mungkin untuk mendidik seseorang menjadi jaguh dalam bidang sukan. Dalam pendidikan awal (sekolah rendah) guru pendidikan jasmani mestilah memastikan tiada murid yang ketinggalan menguasai aspek Kecergasan Fizikal iaitu Daya Tahan Kardiovaskular, Fleksibiliti, Koordinasi, Imbangan, Ketangkasan, Ketangkasan, Daya Tahan Otot, Kekuatan dan Masa Tindak Balas. Ini termasuklah menguasai aspek-aspek lain seperti Kemahiran, Kesukanan, Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat serta Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Ia seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
-
Ibu bapa juga mempunyai peranan yang penting dalam melahirkan seorang jaguh iaitu dengan memperkenalkan alatan permainan kepada anak mereka dalam usaha untuk menyuntik minat. Usaha memperkenalkan permainan di peringkat usia muda bukan sesuatu yang asing sebaliknya ia terbukti menerusi pencapaian cemerlang atlit bertaraf dunia.
-
Andai profil peribadi jaguh sukan dunia dibuka, kita dapat melihat banyak fakta menarik bagaimana seseorang itu boleh berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Antara yang menarik untuk dijadikan panduan adalah mengenai kejayaan pemain golf dunia, Tiger Woods yang mula membuat pukulan swing daripada pemukul golf yang dipotong di garaj sewaktu berusia 11 bulan dan menyertai latihan pada usia empat tahun.
-
Sementara pemain skuasy nombor satu dunia yang menjadi atlit kebanggaan negara, Nicol Ann David bermula pada usia lima tahun. Bermula dengan mengikut kedua kakaknya Cheryl dan Lianne yang terlebih dulu menjalani latihan, Nicol yang sebelum itu asyik menjadi mangsa kekalahan ke atas mereka kemudian lebih menonjol dan mula menyertai kejohanan pada usia 11 tahun.
-
Dua ikon itu adalah antara bukti bahawa untuk melahirkan seorang jaguh, usaha perlu dilakukan pada usia muda kerana ketika itu seorang kanak-kanak mudah dibentuk. Usaha untuk melahirkan seorang jaguh kini lebih mudah berbanding dulu yang hanya mengharapkan usaha pihak sekolah dalam mencungkil bakat. Ini kerana dalam persekitaran serba maju, banyak pusat latihan sukan terutama oleh pihak swasta yang menyediakan pelbagai kemudahan latihan untuk melahirkan seorang jaguh.
-
Tidak sukar untuk mencari pusat latihan kerana banyak iklan mengenainya tersiar dan apa yang penting sebagai ibu bapa anda cuma perlu bijak memilih jenis sukan yang sesuai diceburi oleh anak mereka. Malah ibu bapa juga mempunyai banyak pilihan untuk memilih pusat latihan dan jenis sukan yang sesuai buat anak mereka. Kewujudan banyak pusat latihan sukan itu juga membuatkan pengusahanya berlumba-lumba menyediakan kemudahan terbaik termasuk menyediakan jurulatih kebangsaan untuk menarik ramai pelatih.
-
Antara latihan awal sukan yang ada di dalam negara adalah renang, badminton, taekwondo, karate, boling, golf, gimnastik, skuasy dan bola sepak. Apapun, di sebalik kebanjiran pusat latihan sukan ini, peranan ibu bapa paling penting dalam melahirkan seorang jaguh. Ini kerana tanpa kerjasama serta bimbingan dan komitmen padu daripada ibu bapa, usaha melahirkan seorang jaguh mungkin sukar dilaksanakan.
-
Dipetik dan disesuaikan dari
Harian Metro Khamis, 17 Disember 2009

No comments:
Post a Comment