Monday, December 14, 2009

Hirisan-hirisan Hati

Sorry Johan, last in first out”, balas Carol. Johan sudah tidak mampu merayu lagi. Lututnya dirasakan begitu lemah langsung tidak ada daya untuknya berdiri., bulan Syawal yang masih belum tamat tidak memberi nasib yang baik untuk kerjayanya. “Johan, you listen to me ok”.! Carol dengan lembut menyambung. “You are the best, I’m sure you can get job from another company. Here is a one month compensation salary cheque” sambil Carol menolak sampul surat berwarna putih berlogo syarikat yang mengandungi cek tersebut. Johan membatu memandang Carol, lalu mengambil sampul surat yang mengandungi cek tersebut lalu pergi dari pejabat tersebut dengan langkah yang longlai.
-
Carol, itulah nama yang tidak akan dilupakan sepanjang perjalanan kariernya, perempuan itu telah sedaya upaya memberitahunya secara yang paling sopan tentang pemberhentian kerjanya. Patutkah dia menyalahkan Carol selaku Pengurus Sumber Manusia itu? Keadaan ekonomi yang tidak menentu membuatkan syarikat tiada pilihan melainkan mengurangkan pekerja sebanyak 30%, sebelum ini kawan sekerjanya Zahrin sudah menjadi mangsa menggunakan kaedah last in, first out.
-
II
-
“Mungkin migrain kau berpunca kau ada masalah dengan mata agaknya,” kata Dr. Sahar sambil matanya merenung Johan dengan bermaksud memberi isyarat meminta jawapan daripada Johan. Johan yang faham dengan isayarat tersebut memberikan jawapan yang diminta, “saya mempunyai masalah yang sangat berat sekarang ini doktor”. Putus cinta? tanya Dr. Sahar sambil tersennyum.
-
“Ha..haa…” Johan tergelak kecil, “betul tapi ada lagi, saya baru dibuang kerja!”, sambut Johan. “Tapi saya tidak memikirkannya sangat kerana mahu berehat sahaja sekarang ini, lagipun sakit ini sebelum pelbagai masalah ini datang menimpa saya, rungut Johan. “Ohh! Saya simpati, macam inilah kau bawa referral letter ini kepada pakar mata dan lakukan ujian mata, mereka tahu apa yang patut dibuat”, Dr. Sahar memberikan cadangan. Johan mengangguk tanda bersetuju.
-
Johan tidak berlengah ke Hospital Mata Tun Hussien Onn untuk melakukan ujian, namun keadaan lobi hospital tidak membantu Johan yang dalam keadaan resah kerana dirujuk ke situ. Kelihatan begitu ramai pesakit mata di situ, ada yang berbalut matanya, ada anak kecil yang menangis dalam kendongan ibu dan ramai yang kelihatan seperti Johan yang mahu mengadakan ujian mata.
-
Setelah melalui tiga siri ujian mata seperti yang disuruh oleh Dr. Ravi, Johan dipanggil semula ke dalam biliknya. “Encik Johan kami telah mengenal pasti punca penyakit migrain kamu”, Dr. Ravi tenang memulakan bicara. Johan mendengar dengan penuh minat apa yang terkeluar dari mulut Dr. Ravi. “Jika kamu lihat pada keputusan mata kiri kamu kelihatan terdapat lebihan cahaya yang masuk akibat kerosakan pada urat saraf pada belakang retina mata.” sambil Dr. Ravi menunjukkan keputusan kepada Johan.
-
Johan melihat keputusan ujian itu tapi masih termangu-mangu kerana tidak berada faham apa yang berlaku. “Begini Encik Johan secara mudah bila berlaku lebihan cahaya yang tidak diperlukan itu akan menyebabkan penyakit migrain”. Dr. Ravi menambah. “Kita cadangkan Encik Johan supaya mengelakkan supaya terdedah kepada matahari ataupun memakai cermin mata yang dapat menghalang sinaran matahari terus ke mata”. Dr. Ravi berhenti sejenak menanti reaksi dari Johan namun tiada apa-apa yang hendak ditanyakan oleh Johan.
-
Sorry to say Encik Johan, saya terpaksa memberitahu kebiasaannya urat di belakang retina ini rosak akibat penyakit kanser”. Sebaik sahaja Dr. Ravi memberitahu perkara tersebut, jantung Johan berdebar-debar dan badannya dirasakan amat lembik seperti baharu lepas menghabiskan larian maraton. Tiada sepatahpun bicara yang dapat diucapkan olehnya. “Begini Encik Johan apapun kamu kena menjalani ujian CT scan untuk memastikan perkara tersebut kerana saya sendiri pun tidak dapat memastikan perkara tersebut”. sambung Dr. Ravi memberikan sedikit harapan walaupun ia masih samar-samar.
-
III
-
Pagi yang sangat menenangkan di puncak Gunung Angsi, boleh dilihat dengan jelas stadium Paroi dari puncak ini. Sudah dua kali Johan mendaki puncak tersebut, cuma kali ini dia bernasib baik kerana dapat melihat Paroi dengan jelas mungkin kerana hujan lebat menghilangkan segala debu kotoran yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia.
-
Perjalanan ke puncak itu hanya disertai oleh dua orang iaitu Johan dan Julyca yang bermula pada jam 4.00 pagi di Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan tiba di puncak pada jam 7.10 pagi. Julyca tidak mempersoalkan kenapa mereka perlu bergerak pada awal pagi dan kenapa secara mengejut mengajaknya, ini kerana ia sudah mengetahui karenah Johan yang penuh dengan kejutan. Baginya jika bersama Johan ia pasti selamat, baginya Johanlah tempat ia mengadu jika ada masalah dan begitulah sebaliknya.
-
“Aku terkejut dan simpati dengan keadaan kau, aku rasa kau tiada masalah untuk mencari kerja lain kerana pengalaman kau luas dan mempunyai kelayakan yang tinggi.” Julyca mula bersuara, kelihatan peluh membasahi seluruh badannya. “Terima kasih Julyca!” balas Johan sambil tersenyum. “Dan terima kasih kerana menemankan aku ke sini,” sambung Johan, masih kelihatan peluh memercik pada mukanya yang dibiarkan basah. “Tiada masalah Johan, memang sudah lama aku hendak ke puncak Angsi cuma jodoh aku dengan kau! hee..hee..” Julyca tergelak kecil. “Marah Alex nanti dengan aku!” Sambut Johan tersenyum. “Dia hendak ikut sebenarnya tapi dia kena ke Dubai atas urusan kerja” Julyca menambah.
-
“Dalam soal penyakit kau, kau kena juga buat CT scan”. Julyca menambah bicara. “Sampai bila kau hendak melarikan diri daripada masalah?” Soal Julyca dalam suara yang agak tinggi. Bagaimana jika aku menemani kau untuk ujian tersebut? Sambung Julyca sambil menanti jawapan Johan dengan tenang. Johan hanya membatu menjawab ‘ya’ pun tidak, menjawab ‘tidak perlu’ pun tidak.
-
IV
-
Johan keluar dari bilik pengimejan selepas melakukan CT scan seperti yang dicadangkan oleh Dr. Ravi, tergambar senyuman dimukanya yang menandakan berita baik untuknya. Justeru itu matlamat Johan hanya satu, mahu pulang ke rumah dengan cepat dan berehat sepuas-puasnya. Di laluan pejalan kaki dia terserempak dengan wanita berusia 50an, sangat dia mengenalinya. Dia berhenti sejenak memandang wanita tua itu dengan penuh kasih. “Assalamualaikum…” sapa Johan. “Waalaikumsalam” balasnya agak terkejut dengan sapaan Johan. “Kenapa makcik, pakcik sakitke?” sambung Johan. Makcik Mahani menggelengkan kepala, ini menimbulkan tanda tanya kepada Johan.
-
“Kamu tahu Johan kenapa Sofea meninggalkan kamu?” Tanya Makcik Mahani kepada Johan. Johan menggelengkan kepala tanda tidak tahu, rasa sudah puas dia mencari jawapan tersebut hingga hidupnya tidak keruan selepas tamat belajar di universiti dahulu. “Kenapa makcik?” Soal Johan dengan pantas menanti jawapan yang menghantuinya sekian lama. “Dia mendapat kanser Johan, oleh kerana dia percaya dia tidak dapat hidup lama maka lebih baik kamu berdua berpisah.” Jawapan Makcik Mahani itu amatlah mengecewakan Johan.
-
V
-
Sofea terbaring lemah di atas katil, bibirnya sudah kelihatan putih tidak ceria seperti mereka belajar di universiti dahulu. Tangannya melambai lemah pada Johan yang datang ke katilnya, Johan duduk perlahan-lahan di atas kerusi pelawat yang disediakan. “Maafkan i Johan,” bicara Sofea. Johan membatu seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sofea menanti jawapan dari Johan, namun hampa Johan masih membatu. “Apa yang i buat dulu adalah untuk kebaikan you, I rasa you berhak mendapat seseorang yang lebih baik dari I”. Sambung Sofea.
-
Johan merenung sedalam-dalamnya pada anak mata Sofea. “I dah lama maafkan you, untuk pengetahuan you Johan yang you kenali dulu telah lama mati.” Jawapan Johan itu membuatkan Sofea terkejut. “Siapa you yang hendak menentukan apa yang terbaik untuk i tanpa perlu merujuk diri i? sambung Johan. “Kenapa you tidak boleh memberitahu penyakit you pada i? atau mungkin I sudah tidak penting untuk you. Kerana perbuatan you menyebabkan hidup i lebih sengsara dari yang you sangkakan, kalau you nak tahu lelaki yang ditinggalkan oleh perempuan tanpa alasan tarafnya lebih rendah dari paria.” Jawapan Johan menyebabkan Sofea menangis teresak-esak, namun dibiarkan oleh Johan. “Anyway semoga you cepat sembuh”, bicara Johan dan berlalu pergi dari bilik wad tersebut tanpa ada perasaan kasih seolah-seolah mereka tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini.
-
Sofea cukup sedih kerana Johan yang penyayang dikenalinya dulu memang telah mati, tidak ada langsung perasaan kasih seperti dahulu. “Mungkin aku silap meninggalkan Johan walaupun berniat baik”, bisik Sofea dalam hatinya. Rasa bersalah memenuhi segenap ruang hatinya, mahu dia meraung sekuat-kuatnya, masihkan ada peluang untuk dia membetulkan keadaan.

Sungkai

14 Disember 2009

3 comments:

nyOng.is.me said...

haha...best2 la cerpen uncle. nak kumpul jadi koleksi boleh?
bile nak masukkan nama i dalam tulisan uncle... =)

arsal74 said...

Abrams kata "sastera tidak lahir drp kekosongan sosial"...erm, pengalaman?
;-)

Maswafi Abd Samat said...

Ha..haa.. nantila aku masukkan nama korang...

Sastera tidak lahir darp kekosongan sosial??? hee..he... mungkin juga.