Sudah dua minggu hidup aku (urusan harian) tidak menentu kerana sibuk dengan persiapan menyambut Timbalan Menteri Pelajaran II (Y.B Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi) pada esok hari dan Majlis Penyerahan paip air oleh Sarawak Hidro jumaat ini. Berada di dalam serba kekurangan menjadikan tugas persiapan sangat sukar dan memenatkan seperti membuat pelantar ke jelatong, membersihkan bangunan. membuat pentas dan juga buku program yang memerlukan kebolehan ICT tahap gaban bagi memastikan kertas A4 murah lagi nipis 70gm itu kelihatan cantik. Kadang-kadang bagus juga kedatangan pembesar ke sini dapat memberikan bentuk fizikal yang baru kepada sekolah dan kadang-kadang mendengar cerita baru dari luar.
4 comments:
owh..kek aku dah dpt..ten q..sume kim slm..hmm..mi kolok pun klu nak pos aku suke gak..hahaha
uncle wafi, thnx kek lapis itu sgt sedap... nnt pos lagi utk raya. hehe...
nnt YB smpi terus sua kek lapis sarawak kat dia.. msti uncle cpat nek pngkat...
Waalaikum salam, doakan aku kaya insyallah aku pos lagi. he..he...
Puad Zarkashi bagi aku sijil penghargaan mengajar di P3 beb! X payah beli kek lapis untuk naik pangkat tunjuk je sijil ni.
quote:
hmm...the things we do for our school. mana2 skool mesti ada situasi begini.
Post a Comment