Sunday, December 26, 2010

Gunung Bunga Buah (4690 kaki)

Menerima mesej pelawaan dari Zafrul yang baru pulang dari Abu Dhabi tentang Gunung Bunga Buah dianggap sebagai arahan seorang komander walaupun aku masih belum pulih daripada kecederaan lutut kiri. Dengan bantuan Max yang berjanji akan mengangkut segala barang-barang berat yang sepatutnya dibahagi samarata antara kami, aku sangat yakin dengan pendakian kali ini.

Aku sebenarnya tiada idea untuk mendaki gunung ini kerana tidak pernah mendakinya, namun aku dikira bernasib baik kerana Pak Syeikh daripada OGKL memandu aku ke jalan masuk dengan menggunakan telefon bimbit.
Dengan kos RM80, kami menaiki teksi dari Pasar Seni ke Hotel Seri Malaysia (Goh Tong Jaya) dan terus berjalan ke belakang untuk ke arah Kolej INTI dan kebun sayur. Seterusnya dapat dilihat rumah-rumah batu dan kayu yang kelihatan tidak terurus (seperti setinggan), dari situ kami mengambil jalan ke kiri sejauh 100 meter dan belok ke kanan dan akan menjumpai jalan masuk yang menegak (curam) masuk ke hutan setelah menempuh kebun sayur.

Cuaca sangat sejuk pada permulaan pendakian walaupun jam sudah menunjukkan jam 12.30 tengahari, cuma 30 minit diperlukan untuk mendaki bukit pertama dan akan menjumpai jalan tar ke bekas tapak kuari. Seterusnya kami berjalan ke kiri hingga menjumpai simpang dimana simpang yang betul adalah ke kiri (menurun), di sini kami dapat melihat kesan-kesan letupan kuari dan masih mempunyai bau belerang.


Tiada masalah menuju ke headtrail kerana ia tidak mencanak dan berjalan di atas jalan tar, setelah berjalan 1 jam 45 minit kami akhirnya sampai. Headtrail di sebelah kanan jalan tar ini membawa kami ke permatang sebenar untuk ke puncak gunung. Setelah bermesyuarat kami dipaksa oleh Zafrul (tiada istilah mesyuarat sebenarnya kerana semua keputusan ditentukan oleh Zafrul ) untuk berkhemah di kawasan permatang yang sesuai bukannya di puncak kerana takut menjadi bahan bakar kilat.

Setelah 1 jam setengah berjalan turun, naik, naik dan naik akhirnya kami berjumpa kawasan yang sesuai dapat memuatkan dua khemah 4 men tent. Zafrul dan Max terus memasang khemah sementara aku pula sibuk membetulkan lutut kiri yang agak longgar. Di antara headtrail dan kawasan perkhemahan ini terdapat punca air di sebelah kiri jalan yang ditanda oleh pendaki sebelumnya namun ia tidak kami sahkan kerana kami sudah membawa bekalan air yang mencukupi.


Kami bermatlamat untuk melihat bandaraya Kuala Lumpur dan Genting Highlands pada waktu malam, serta menikmati air panas di puncak gunung. Tanpa membawa bebanan yang berlebihan kami meneruskan perjalanan selama 15 minit ke ke kawasan batu granit, dari sini dapat dilihat Genting Highlands dengan jelas di sebelah kanan.

Dari sini kami berjalan sejauh 45 minit di atas permatang sebelum berjumpa dengan beirut yang masih baik keadaannya menandakan puncak Gunung Bunga Buah, tiada apa-apa tanda menandakan ketinggian gunung yang setinggi 4690 kaki ini. Di sini sangat istimewa kerana cahaya lampu Kuala Lumpur dapat dilihat dengan jelas di sebelah kiri.

Rumusan aku terhadap gunung ini ialah ia lebih susah daripada mendaki Angsi namun senang sedikit daripada Nuang. Dalam pendakian kali ini keadaan tubuh aku berada di dalam keadaan yang paling teruk kerana kecederaan yang masih belum pulih. Ditambah pula di sengat oleh penyengat di kawasan perkhemahan membuatkan aku mengalami demam panas hinggakan kedinginan gunung ini tidak terasa.


Tanda disengat dilengan masih ada dan ia masih bernanah, mungkin ada hikmahnya di sengat kerana selama ini kami telah terlepas pandang satu perkara semasa mendaki. Iaitu membuat asap di kawasan perkhemahan, cara yang paling mudah setelah bermesyuarat (akhirnya keputusan bersama) ialah membakar bekas telur ayam kerana ia akan mengeluarkan asap yang banyak.


2 comments:

cryclown said...

video bila mau siap?
hahaha...

Anonymous said...

SELAMAT MALAYSIA
Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
“U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
“U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
“U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
Sekian, Terima Kasih.
YANG BENAR,
RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR

SAVE MALAYSIA
MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
"U" Your father YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
"U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
"U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

Thank you,
THE TRULY,
People Who Love Malaysia
Gombak

MAKAN DUIT HARAM, MACAM MAKAN BABI: DR MAHATHIR SAID.....

http://www.youtube.com/watch?v=cuyFp-xo1y4