Kita Serumpun Tapi Tak Sama
Selama berhari-hari di Indonesia,
keangkuhan Malaysia (seperti yang
digambarkan oleh media elektronik Indonesia) mendaftarkan Tarian Tor-Tor
dan Gendang Sembilan menjadi warisan negara menjadi tajuk utama berita. Tunjuk
perasaan membaling telur di kedutaan Malaysia dan sepanduk mengajak berperang
kembali lagi seperti sebelum ini apabila Malaysia mendaftarkan batik sebagai
warisan Negara. Dimana silapnya? Mungkin tanggal 17 Mac 1824 semasa perjanjian
Inggeris-Belanda menjadi penyebabnya
kerana memisahkan Malaysia-Indonesia.
Bahasa, keris, batik, baju kurung, angklung dan makanan antara perkara yang dikongsi oleh bangsa serumpun ini.
Tetapi persoalannya sejauh manakah ia dekat dihati masing-masing atau
pengamalannya? Jika diamati betul-betul orang di Malaysia lebih menghayati
perkara-perkara tersebut. Jika mengambil daripada persoalan bahasa Bahasa
Melayu agak terbatas kata pinjaman bahasa asing kecuali ia sangat diperlukan
tetapi tidak untuk Bahasa Indonesia.
Sama juga untuk industri kreatif
penghibur di Malaysia mengamalkan penggunaan Bahasa Melayu walaupun berlaku
penyimpangan tatabahasa (istilah lain ialah
kebebasan penyair). Ini kerana penyimpangan tatabahasa dibenarkan ketika
berkarya namun kenapa penghibur Indonesia menggunakan Bahasa Melayu Riau ketika
menyanyi? Kenapa tidak menggunakan Bahasa Indonesia? [Riau asalnya adalah dalam
Kesultanan Johor sebelum tanggal 17 Mac 1824.]
Tidak dinafikan keris memang
asalnya berasal dari Majapahit dimana hulu kerisnya berbentuk patung-patung
hindu, namun setelah asimilasi hulunya telah berubah menjadi kepala burung
seperti sekarang. Menurut Winstedt keris
dengan orang Melayu hampir tidak dapat dipisahkan, jika tidak memakainya
seperti bertelanjang rasanya. Itulah keluhan orang Melayu pada zaman British
apabila pemakaiannya diharamkan oleh penjajah British. Semasa pertarungan
Tamingsari-Hang Tuah kedua-dua pahlawan tersebut menggunakan keris semasa
berlawan, ini menunjukkan keris sudah merupakan warisan orang Melayu pada masa
itu. Ini diperkukuhkan dengan pemberian keris Tamingsari kepada Hang Tuah
sebagai tanda cenderamata daripada Raja Majapahit.
Daripada soal pakaian (batik dan baju kurung) kerajaan
Malaysia sudah menerapkan pakaian tradisi sejak di bangku sekolah lagi hingga
ke alam pekerjaan. Indonesia? Buktinya
ada pada sinetron mereka. Ini juga terjadi pada alat muzik angklung, alat muzik
ini dijadikan salah satu alat dalam pembelajaran dan Pengajaran muzik di
sekolah Malaysia berbanding di Indonesia.
Terdapat juga usaha oleh usahawan
Indonesia untuk mematenkan perkataan
kopitiam kononnya ia hanya untuk orang Indonesia dan tidak layak usahawan
Malaysia menggunakan perkataan tersebut sebagai tanda perniagaan. Jika
diikutkan tuntutan mereka ini tiada lagi nama warung Nasi Lemak Kak Kiah atau
Nasi Ayam Pak Tam wujud dimuka bumi Malaysia!.
3 comments:
Frase kalimat ini adalah salah satu gambaran Keangkuhan Orang Malaysia "... namun kenapa penghibur Indonesia menggunakan Bahasa Melayu Riau ketika menyanyi? Kenapa tidak menggunakan Bahasa Indonesia? [Riau asalnya adalah dalam Kesultanan Johor sebelum tanggal 17 Mac 1824.]".
SELAMAT MALAYSIA
Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
“U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(mca gombak) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
“U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
“U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
Sekian, Terima Kasih.
YANG BENAR,
RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR
SAVE MALAYSIA
MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
"U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
"U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
"U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.
Thank you,
THE TRULY,
People Who Love Malaysia
Gombak
FAKTA : Kepulauan Riau adalah bagian dari wilayah Negara Kesatuan Republik Indonesia.
Bangsa melayu berasal dari Palembang, Jambi, dan daerah sekitarnya di pulau Sumatera.
Kerajaan Sriwijaya berasal dari Sumatera.
Kerajaan Majapahit berasal dari Jawa.
Post a Comment