Tuesday, May 30, 2006

Menurut En. Syahril My Team kalah sebab pengadil berat sebelah, apa komen En. Wafi?...
--Posted by Anonymous to maswafi.blogspot.com at 5/30/2006 01:53:52 PM

Hari ini aku tidak cukup tidur seperti Azam menjaga Firdaus yang tidak henti-henti menangis kerana demam panas. Ini kerana Mat Khairi mengejutkan aku semasa tidur semata-mata untuk meyelesaikan masalah percintaannya padahal dia pun tahu aku lebih gagal dalam percintaan daripadanya. Ini ditambah dengan beban pertanyaan daripada "Anonymous" seperti di atas. Mujur En. Syahril tidak menyambut cabaran teh ais saya seperti yang lain-lain kalau tidak mudahlah alasannya iaitu sebab dia kalah teh ais dengan saya. Apa lagi yang My Team atau Khairy Jamaluddin mahukan? Bukankah sudah diberi perlawanan bersama dengan pasukan Malaysia itu sudah cukup bagus? Khairy Jamaluddin atau menurut A. Kadir Jasin sebagai 'carbon copy" Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi saya sebenarnya mahu menunjukkan belangnya sebagai orang nombor dua negara. Mujur sahaja My Team kalah kalau tidak naik la tocangnya entah-entah terus jadi TPMlah ia selepas menjadi Ketua Pemuda UMNO secara tidak rasmi menggantikan Hishamudin sekarang ini.
Tiada salahnya pengadil itu sebenarnya tetapi sebenarnya My Team bermain dalam keadaan tertekan dihadapan 60 ribu penyokong. Kenapa pula pasukan Malaysia hendak malu seperti yang digembar-gemburkan oleh media yang hampir semuanya dikawal oleh Khairy Jamaluddin, padahal mereka rata-ratanya berumur bawah 19 tahun berbanding dengan My Team hingga ada yang berumur 27 tahun. Jika pengadil berat sebelahpun My Team masih mempunyai kelebihan satu pemain di separuh masa kedua itupun masih gagal menjaringkan gol dan lebih menarik Shebby dan ketua pasukan tanpa rasa bersalah meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Amir penjaga gol mereka dimana sepatutnya diadakan "post mortem" sebelum menuding jari. Bagi saya jika Khairy Jamaluddin mengemudi FAM lagi akan habis lebih banyak duit rakyat Malaysia untuk mengeluarkan tender membuat baju batik, menanam rumput, bas pengangkutan, catering dan konsert artis atau lebih teruk lagi muncullah nama syarikat seperti RR Venture kepunyaan Encik Azam yang akan mengambil tender semua itu tadi.

Monday, May 29, 2006

Saya Menang Teh Ais Lagi

Pagi ini Zubir, Mat Khairi, Pian, Ayub dan Azam merupakan insan-insan yang kecewa dengan kekalahan My Team dengan pasukan Malaysia dan yang lebih kecewa hingga menunjukkan muka selsema burung ialah mereka telah kalah segelas teh ais dengan aku setiap seorang. Kalau dihitung melalui buku 35 (555) sudah banyak mata terkumpul untuk teh ais. Bila aku menujum Pak Lah menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding Najib sahaja aku mengumpul ganjaran sebelas teh ais itu tidak termasuk sepuluh teh ais yang Nik Shafini hutang kerana kejayaan aku menumpaskan Juara Karom iaitu En. Syahril dua tahun lepas. Kenapa teh ais? saya pun tidak tahu.

Friday, May 26, 2006

Komputer itu Rosak Lagi


Power Supply, CD Rom Acer, DVD Writer Asus, Monitor 21" Samsung antara barang komputer yang "syahid" kerana sentuhan Zaini. Kerana dia, aku dan Ari terpaksa "bekerja shif" untuk memastikan ketulenan Zaini bermain game "Red Alert" tanpa henti selama 36 jam, yang menariknya selama 36 jam itu dia hanya minum air dan kencing sahaja serta rekod itu tidak pernah dapat dipecahkan. Sudah seminggu Zaini menunjukkan muka selsema burung, rupa-rupanya Kad Grafik G-Force juga telah "syahid". Sudah tiga hari juga dia membuka dan memasang kembali Kad Grafik G-Force dengan harapan komputer itu akan berfungsi semula tapi gagal mungkin kerana tiada mandrem dalam sentuhannya itu. Sebenarnya bukannya mahalpun Kad Grafik G-Force itu dalam sekitar RM 150.00 tetapi oleh kerana telah terbiasa barang yang dibeli "syahid" dalam tempoh jaminan maka seperti kucing nak terberanaknya ia membaiki Kad Grafik G-Force yang telah tamat tempoh jaminannya. Sekarang aku pula terkena selsema burung kerana dia sudah mula mengganggu kehidupan aku setelah ketiadaan komputer untuk menghibur masa lapang.

Monday, May 22, 2006

10 Budak Hitam


11 budak kampung aku pergi bersuka ria dengan menaiki 10 biji motor ke Teluk Intan pada Hari Raya Ketiga tahun 2000 tetapi yang tragis hanya 10 budak hitam yang berjaya pulang kerumah di mana seorang menjadi arwah di Hospital Teluk Intan. 10 budak hitam ini akan bercerita skrip yang sama tanpa diubah sedikitpun walaupun ditanya berulang kali iaitu konon-kononnya arwah telah dilanggar oleh sebuah kereta dan pemandu kereta itu melarikan diri, dan langsung mereka sugguh tergamam tanpa dapat berbuat apa-apa walaupun mengingat ataupun mengecam sedikitpun aksara nombor pendaftaran kereta itu apatah lagi mengejar kereta itu walaupun aku rasa motor mereka lebih laju daripada kereta yang tidak wujud itu. Hanya Allah, pemandu kereta yang tidak wujud dan 10 budak hitam ini yang tahu apa kisah yang sebenarnya dan rahsia itu tidak pernah pun sekali berjaya dibongkar kerana mereka mungkin telah berikrar setia seperti ikrar tangan kanan Pian kepada Pak Arshad untuk tidak mandi sungai lagi. Kalau adik aku salah seorang daripada budak hitam ni dah lama aku rendam separuh nyawa di Sungai Sungkai supaya mengaku cerita yang benar seperti Sarman yang berbadan besar sekarang bekerja di Motorola Kelana Jaya itu merendam aku separuh nyawa masa di tingkatan lima gara-gara aku menarik seluar pendeknya hingga menampakkan anunya semasa mandi sungai.

Apa Agenda Orang Jepun?


Satu nama besar dalam industri filem kita ialah U Wei Hj. Shaari yang menghasilkan filem-filem bermutu masyarakat melayu dengan bantuan Yayasan Jepun hingga mendapat banyak anugerah di luar negara. Jogho, Kaki Bakar dan Buai Laju-Laju ialah filemnya yang menceritakan secara jujur moral masyarakat melayu yang berkisar tentang judi, panas baran dan keruntuhan akhlak masyarakat melayu. Kenapa agaknya Yayasan Jepun hanya menaja filem-filem U-Wei yang memburukkan masyarakat melayu secara keseluruhannya, tidak bolehkah mereka menaja filem yang bercorak perjuangan seperti Anak Sarawak atau Matinya Seorang Patriot untuk menterjemahkan masyarakat melayu di mata dunia?
Kerajaan Jepun juga telah mendatangani perjanjian dengan Kerajaan Negeri Perak yang konon-kononnya untuk mengadakan kerjasama dua hala seperti Program Bandar Berkembar Ipoh-Fukuoka dan Program Pertukaran Belia yang entah apa hasilnya. Hal ini akhirnya nampak berat sebelah apabila mereka berjaya mendapatkan sebidang tanah yang luas di Changkat Sulaiman yang mereka tanami manggis, durian dan nangka madu yang konon-kononnya untuk tujuan penyelidikan. Orang tempatan jangan bermimpi untuk membuat lawatan mungkin kerana emas Jeneral Yamashita disimpan disitu!.

Wednesday, May 17, 2006

Saya Tidak Puas Hati Dengan Nik Shafini

Selepas melahirkan Ikhwan dua bulan yang lepas dia sudah pandai mengutuk aku “orang sama umur dengan kau dah jadi duda tapi kau tak kahwin-kahwin juga” katanya. Buruk otak aku memikirkannya tetapi aku betul-betul tidak puas hati dengannya kerana bermacam-macam kaedah dan metodologi yang telah aku buat untuk menawan hati bakal kakak ipar aku ni hingga sanggup membawa rombongan satu bas ke Kota Bharu dari Taman Desa sempena perkahwinannya dengan Asnan namun jangankan adiknya dia nak kenalkan dua pupu pun tidak. Tetapi itu tidak mengapa, kerana tiap-tiap hari Nik Shafini akan minum air teh yang aku buat setiap pagi mungkin aku boleh letak sedikit “roundup” ataupun sedikit “mandrem jawa” supaya dia tidak boleh mengutuk aku lagi.

Tuesday, May 16, 2006

Cikgu Wazer yang saya kenali

Pagi tadi aku tidak lupa mengirimkan ucapan Selamat Hari Guru kepada Cikgu Wazer yang pernah membelasah Negro semasa belajar TESL di United Kingdom. Beliau merupakan guru Bahasa Inggeris merangkap guru Disiplin dan guru Seni Silat Sendeng di sekolah aku. Penumbuknya yang sebesar 1.5 berbanding penumbuk aku sudah cukup menggerunkan aku dan rakan-rakan walaupun tubuhnya lebih rendah daripada aku. Mukanya merah padam bila seorang guru Seni Silat Warisan "mengajarku" cara menumbuk dengan betul semasa kursus Silat di Pusat Belia dan Sukan Ipoh. Dia memberi kata dua kepada aku supaya membelasah guru silat itu jika dia "mengajarku" untuk kali kedua dan untuk urusan itu dia akan tutup mata dan membiarkan pertarungan berlaku secara adil. Gila betul cikgu aku ni!, mujur guru silat itu tidak "mengajarku" untuk kali kedua kalau tidak sudah tentu mak aku setia menanti di katil hospital ataupun di pintu lokap.

Semulia-mulia pekerjaan

Bila aku menanyakan Mat Khairi siapakah yang menciptakan Hari Guru, dia tiada jawapannya kerana ia diadakan dengan tujuan yang murni, tiada siapa yang akan mendapat keuntungan daripada penganjuran Hari Guru baik taukeh balak, pemandu teksi ataupun taukeh kedai kek. Pernah aku di dekati oleh seorang guru yang mengajar di Shah Alam yang mengatakan jadi guru miskin hingga dia terpaksa menjual nasi lemak dan burger berbanding dengan perniagaan "Direct Selling" yang diceburinya sekarang. Tidak semena-mena cikgu yang mahu mengesyorkan produknya ditarbiyah oleh aku, aku menasihatkan dia supaya berhenti menjadi cikgu dan tumpukan kepada kerjaya "Direct Selling" kerana ia adalah semulia-mulia pekerjaan yang tidak mampu aku laksanakan. Maka merah padam muka cikgu ni mungkin kerana marah pada aku ataupun tidak sanggup berhenti menjadi cikgu yang boleh tahan juga gajinya berbanding menjual nasi lemak. Ariffin yang mengajar di Bukit Kayu Hitam dan Tengku yang mengajar di Klang antara kawan aku yang komited mengajar walaupun kadang-kala terdengar rungutan kecil tentang karenah pelajar mereka. Selamat Hari Guru! untuk Ariffin dan Tengku.

Monday, May 15, 2006

Belia Menopause

Entah siapa yang wujudkan Hari Belia ini, adakah dakyah Yahudi seperti kata Mat Khairi ataupun taukeh kedai pakaian yang akan mendapat habuan setiap kali perhimpunan Hari Belia diadakan. Pernah dua tahun aku menjadi Setiausaha Kerja Majlis Belia Daerah Batang Padang sebelum aku berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 2000. Pada hemat aku Persatuan Belia cuma batu loncatan ahli-ahli politik yang berangan-angan untuk menjadi Yang Berhormat seperti Tajol Rosli dan Ali Rustam yang merupakan tokoh belia yang hebat pada masa dahulu. Bayangkanlah bagaimana hampir semua pengerusi persatuan belia berumur antara 50 ke atas. Merah padam muka mereka apabila aku menamakan mereka sebagai “Belia Menopause” semasa aku berpeluang menjadi “emcee” di Grik dahulu, padan muka mereka dan muka-muka aku sekali kerana celupar sangat. Sebagai meyambut cabaran aku, mereka berjaya menubuhkan Persatuan Belia 4B Veteran Batang Batang yang pertama seumpamanya di Malaysia dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri. Syabas! Kenapa tidak diletakkan aje nama Persatuan Belia Menopause Batang Padang kan lebih jelas maksudnya!.

Thursday, May 11, 2006

Terjun Lombong

Lin akan menjual saham pada harga RM 2.00 hari ini, dimana sekarang harga masih bermain di sekitar RM 1.90 hingga RM 1.96. Azam pula akhirnya menukar nujumannya untuk menjual saham pada nilai RM3.00 setelah ditarbiyah oleh Azrin. Maka jadilah aku "three stooges" bersama-sama Azam dan Az yang bersumpah setia untuk "terjun lombong" bersama-sama jika saham jatuh mendadak. Aku rasa itu lebih baik daripada "terjun gaung" bersama-sama En. Roslan yang hanya akan menjual sahamnya apabila nilainya mencecah harga RM 5.80!.

Your Mother

Who should i give my love?
My respect and my honour to?
Who should i pay good mind to after Allah(sw) and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night
Holding you tight?
That`s right no other, my mother
Who should i take good care of,
Giving all my love?
Who should i think the most of after Allah(sw) and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you,
Before you could walk?
And when you fell, who’d pick you up?
Clean you cut?
No one but, your mother
Who should i stay right close to?
Listen most to?
Never say no to after Allah(sw) and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father

Yusof Islam

Wednesday, May 10, 2006

Audit 2006

Bos aku paling risaukan aku bila hari audit tiba, seperti biasa aku akan menjadi mangsa “attack” daripada “internal audit” yang “claim”nya pernah menjadi “qurban” ataupun “qeqah” hasil tanganku ini. Untuk mengelakkan menjadi mangsa “attack” terpaksalah aku buat kerja seperti ada audit hari esok tanpa bertangguh dan hasilnya bos aku lagi menggelabah pasal tengok aku tenang aje. Hasilnya hari tiada “NCR” ataupun “observation” dicatat oleh Nik. Tidak seperti tahun 2003 aku betul-betul “dikeronyok” oleh Nani hinggakan dipanggil mengadap “Duli Tuanku” kerana mendapat hampir sepuluh “NCR” dan tidak terkira “observation”!.

Tuesday, May 09, 2006

Kalah Dengan Diri Sendiri

Sudah dua hari aku tidak boleh tidur lena kerana "frust menonggeng" mengalahkan "frust" Mat Khairi bercinta disebabkan catatan masa Larian Bomba Ahad yang lepas. Bermacam-macam cara telah dibuat untuk menenangkan jiwa cuma berjumpa bomoh Siam sahaja yang belum. Kalah dengan diri sendiri ini rasanya cukup bahaya jika tidak bersedia, sebelum ini aku merasakan "zaman kejatuhan" aku bermula pada usia 40 tahun namun ia berlaku lebih cepat. Suresh yang berjanji akan membantu aku untuk latihan Larian Jambatan Pulau Pinang pada bulan Julai ini sedikit memberi kesan semangat baru kepadaku. Aida dan Tengku pula asyik berpesan supaya berhenti mengikuti semua program yang ekstrem kerana konon-kononnya susah untuk bertemu jodoh dan merosakkan badan.

Nilai Ringgit Meningkat lagi

Itulah tajuk utama bahagian korporat Utusan Malaysia hari ini. Senario "nilai ringgit" yang bertambah nilainya kepada RM 3.59 dan mungkin akan bertahan kepada RM 3.55 mungkin tidak membawa makna kepada orang lain, tetapi ia cukup untuk menyebabkan seluruh tingkat bangunan 20 tingkat yang mempunyai dua menara di Taman Desa ini menjadi "BSKL" yang melibatkan 3000 kakitangan. Ini adalah kerana kami diberi minimum 4000 unit saham bernilai RM 1.46 yang mana labanya hanya boleh diperolehi jika harga saham melepasi paras RM1.60 (RM 1.46 akan dipulangkan kepada syarikat). Setakat pukul 5.00 petang semalam saham ditutup dengan harga RM 2.08 dengan harga tertinggi RM 2.10. Azam "menujum" harga akan naik hingga RM 2.20 berbanding aku menujum bahawa ia akan naik sehingga RM 3.00 berdasarkan prestasi ringgit yang boleh naik hingga RM 3.55 dan perlaksanaan RMK 9 yang banyak melibatkan syarikat kami. Ramai yang mengatakan aku ni tamak, cuma Azam sahaja yang memberikan sokongan kepadaku kerana kalau aku salah adalah peluang untuk dia mengutuk aku.

Monday, May 08, 2006

Bukit Tunku

Jika tidak kerana Elaine yang setia mengikutku berlari sudah pasti aku "syahid" di Bukit Tunku yang merupakan trek yang paling mencabar kerana pedih ulu hati. Satu keputusan yang cukup mengecewakan apabila aku hanya mampu mencatatkan keputusan 65 minit untuk Larian Bomba sejauh 10 km. Kecewa itu masih belum terubat walaupun "dipujuk" oleh Elaine yang menduduki tangga ke 22 kategori wanita dengan mengatakan aku adalah pelari yang konsisten berbanding dengan pelari lelaki lain seperti biskut "kejap ada kejap tak ada". Azam memakan sotong, kecederaan bermain Futsal, latihan yang tidak konsisten, istilah ciptaan Mat Khairi "tiada kimia" dengan jenama "Brooks" yang baru dibeli direka untuk menceriakan hati yang lara. Masih terngiang-ngiang ucapan "kau sudah tua" oleh Tengku pada hari lahirku yang lepas mungkin ada benarnya.
Hari yang malang juga buat Azam apabila grup badmintonnyanya kalah dipusingan awal hanya kerana ada orang yang mahukan "political mileage", lalu dia berazam untuk "memBelanda" pasukannya tahun depan dengan mengenepikan kesemua "orang politik", syabas! kerana berani membuat keputusan yang drastik. Grup Futsal aku menang tempat ketiga mungkin juga hasil daripada keputusan aku apabila menarik diri di saat akhir kerana aku fikir aku tidak layak untuk bermain berbanding dengan Safere dan aku tidak mahu kehilangan kawan baik seperti Safere hanya kerana sebiji bola berharga RM50.00!.

Saturday, May 06, 2006

Dunia Melayu

Dunia Melayu amat luas dan telah wujud begitu lama. Kerajaan Melayu bermula dari kerajaan Champa dan Funan di kawasan Selatan Semenanjung Indocina (Kemboja & Selatan Vietnam) pada awal kurun masihi. Secara sambung menyambung dan kadang kadang bertindan lapis, wujud kira-kira belasan Kerajaan Melayu yang lebih merupakan negara kota di Segenting Kra dan sepanjang pantai timur Tanah Melayu. Antaranya Ligor dan Langkasuka yang kemudiannya berkembang menjadi Patani. Kemudian selama 1300 tahun, lahir pula beberapa buah Kerajaan Melayu yang lebih mantap seperti Empayar Sriwijaya antara kurun 7-13, Kerajaan Majapahit pada kurun 13-14, Kerajaan Pasai pada kurun ke 13, Kerajaan Temasik pada kurun ke 14, Kerajaan Melayu Islam Melaka pada kurun ke 15, Kerajaan Johor Riau pada kurun ke 16, Kerajaan Acheh pada kurun ke 17, Kerajaan Riau Lingga pada kurun ke 18, Kerajaan Sulu (Selatan Filipina) dan negeri-negeri Tanah Melayu bermula kurun ke 16 hingga terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia pada kurun ke 20.
*sumber:
Wan Hashim Wan Teh. Dunia Melayu dan Tersebar Luasnya Rumpun Bahasa Melayu. 1991

Hari yang malang bagi Azian

Pagi-pagi lagi aku telah mengirim ucapan selamat panjang umur kepada Az sempena hari lahirnya sementara sampai ke pertandingan Futsal di Ampang Sport Planet sebagai jurukamera. Semuanya nampak pincang apabila kegagalan pihak penganjur gagal menyediakan perkhidmatan paramedik yang cukup untuk pertandingan yang besar. Mujur ada Zahid yang "akal panjang" membantu aku apabila Azian pengsan kerana tangannya terkalih sendi. Dengan bantuan van ambulance Bulan Sabit Merah, Azian di hantar ke Pusat Perubatan Taman Desa yang rasanya macam naik Play Station 2. Urat tangannya telah putus namun tidaklah membahayakan, tapi yang lebih malang lagi dia menganjurkan kenduri untuk esok hari, "mesti bini aku mengamuk ni! inilah last aku main bola." katanya. "That's typical answer for men, but next year you will play again! celah Dr. Benette tersenyum sambil menjeling kat aku! "Guys like to torture their self doctor" kataku sambil mengangkat kening.

Friday, May 05, 2006

Ganjaran 2005

Hari ni Cik Nini bermasam muka dan langsung tak nak cakap dengan aku, gara-gara dapat ganjaran bonus sikit tidak seperti jangkaan atau seperti ganjaran tahun-tahun yang lepas. Yati siap ajak aku kahwin kerana menyangkakan aku mendapat durian runtuh tahun ni, teruk betul la minah ni! tapi ok juga, walaupun sebenarnya aku sekadar "average" sahaja tahun ni, dan yang lebih pahit bila tengok kawan baik aku bawah "average". Kadang-kadang "masamnya Cik Nini" itu mungkin berasas kerana apabila telah buat yang terbaik sepatutnya dapat yang terbaik. Mungkin tuhan akan memberikan ganjaran yang lebih baik daripada bonus cuma makhluk manusia agak kurang menyedarinya. Aku rasa aku memang layak untuk ganjaran yang sedikit itu kerana banyak yang tidak dicapai tahun 2005.

Selangkah ke Syurga

“Jangan nanti selangkah aku nak masuk syurga, tiba-tiba malaikat panggil aku nanti sat!!! betulka sipolan bin sipolan cakap you tak bagi tau yang zakat pendapatan itu wajib? Inilah cara terbaru untuk mentarbiyah kawan-kawan aku supaya membayar zakat pendapatan di mana hasilnya aku mendapat 5 “down line” bawah aku. Kak Ani kata aku “Wafi ni terukla” “la apa yang teruknya” senyumku tapi mereka semua memang sporting apabila potong RM 10.00 untuk zakat pendapatan.

Wednesday, May 03, 2006

Wafi always has the answer

Itulah ungkapan Devika telah bekerja di syarikat aku lebih 27 tahun kepadaku. Mana taknya jabatan aku adalah jabatan yang paling berahsia di planet bumi apabila bercerita tentang bila bonus nak masuk sehinggakan aku sendiri tidak mendapat "bunga-bunga" walaupun bekerja dalam satu jabatan. Sudah tiga kali aku "menujum" tarikh bonus masuk iaitu pada 15 April, 30 April dan semalam nujum terbaru ialah sebelum hari Wesak. Mereka ni sedia maklum bahawa aku tiada maklumat tentang bonus tapi masih mahukan jawapan daripada aku maka aku nujum ajelah yang penting mereka dapat menyedapkan hati mereka yang gundah walaupun tahu aku cuma ahli nujum. Tapi yang paling best bila Lin telefon marah-marah kat aku "Abang Wafi kenapa bonus tak masuk lagi ni, saya dah habiskan duit gaji ke benda lain pasal ingatkan bonus masuk 30 April" jawapanku "dah kau orang tanya aku nujum jela, kat aku dah cakap aku tak tahu tapi kau paksa aku bagi tau". Jangan risau kawan-kawanku semalam dah keluar memo mengatakan bonus keluar pada hari lahirku iaitu 5 Mei 2006.