Monday, May 22, 2006

Apa Agenda Orang Jepun?


Satu nama besar dalam industri filem kita ialah U Wei Hj. Shaari yang menghasilkan filem-filem bermutu masyarakat melayu dengan bantuan Yayasan Jepun hingga mendapat banyak anugerah di luar negara. Jogho, Kaki Bakar dan Buai Laju-Laju ialah filemnya yang menceritakan secara jujur moral masyarakat melayu yang berkisar tentang judi, panas baran dan keruntuhan akhlak masyarakat melayu. Kenapa agaknya Yayasan Jepun hanya menaja filem-filem U-Wei yang memburukkan masyarakat melayu secara keseluruhannya, tidak bolehkah mereka menaja filem yang bercorak perjuangan seperti Anak Sarawak atau Matinya Seorang Patriot untuk menterjemahkan masyarakat melayu di mata dunia?
Kerajaan Jepun juga telah mendatangani perjanjian dengan Kerajaan Negeri Perak yang konon-kononnya untuk mengadakan kerjasama dua hala seperti Program Bandar Berkembar Ipoh-Fukuoka dan Program Pertukaran Belia yang entah apa hasilnya. Hal ini akhirnya nampak berat sebelah apabila mereka berjaya mendapatkan sebidang tanah yang luas di Changkat Sulaiman yang mereka tanami manggis, durian dan nangka madu yang konon-kononnya untuk tujuan penyelidikan. Orang tempatan jangan bermimpi untuk membuat lawatan mungkin kerana emas Jeneral Yamashita disimpan disitu!.

No comments: