Tuesday, May 09, 2006

Nilai Ringgit Meningkat lagi

Itulah tajuk utama bahagian korporat Utusan Malaysia hari ini. Senario "nilai ringgit" yang bertambah nilainya kepada RM 3.59 dan mungkin akan bertahan kepada RM 3.55 mungkin tidak membawa makna kepada orang lain, tetapi ia cukup untuk menyebabkan seluruh tingkat bangunan 20 tingkat yang mempunyai dua menara di Taman Desa ini menjadi "BSKL" yang melibatkan 3000 kakitangan. Ini adalah kerana kami diberi minimum 4000 unit saham bernilai RM 1.46 yang mana labanya hanya boleh diperolehi jika harga saham melepasi paras RM1.60 (RM 1.46 akan dipulangkan kepada syarikat). Setakat pukul 5.00 petang semalam saham ditutup dengan harga RM 2.08 dengan harga tertinggi RM 2.10. Azam "menujum" harga akan naik hingga RM 2.20 berbanding aku menujum bahawa ia akan naik sehingga RM 3.00 berdasarkan prestasi ringgit yang boleh naik hingga RM 3.55 dan perlaksanaan RMK 9 yang banyak melibatkan syarikat kami. Ramai yang mengatakan aku ni tamak, cuma Azam sahaja yang memberikan sokongan kepadaku kerana kalau aku salah adalah peluang untuk dia mengutuk aku.

No comments: