Monday, May 08, 2006

Bukit Tunku

Jika tidak kerana Elaine yang setia mengikutku berlari sudah pasti aku "syahid" di Bukit Tunku yang merupakan trek yang paling mencabar kerana pedih ulu hati. Satu keputusan yang cukup mengecewakan apabila aku hanya mampu mencatatkan keputusan 65 minit untuk Larian Bomba sejauh 10 km. Kecewa itu masih belum terubat walaupun "dipujuk" oleh Elaine yang menduduki tangga ke 22 kategori wanita dengan mengatakan aku adalah pelari yang konsisten berbanding dengan pelari lelaki lain seperti biskut "kejap ada kejap tak ada". Azam memakan sotong, kecederaan bermain Futsal, latihan yang tidak konsisten, istilah ciptaan Mat Khairi "tiada kimia" dengan jenama "Brooks" yang baru dibeli direka untuk menceriakan hati yang lara. Masih terngiang-ngiang ucapan "kau sudah tua" oleh Tengku pada hari lahirku yang lepas mungkin ada benarnya.
Hari yang malang juga buat Azam apabila grup badmintonnyanya kalah dipusingan awal hanya kerana ada orang yang mahukan "political mileage", lalu dia berazam untuk "memBelanda" pasukannya tahun depan dengan mengenepikan kesemua "orang politik", syabas! kerana berani membuat keputusan yang drastik. Grup Futsal aku menang tempat ketiga mungkin juga hasil daripada keputusan aku apabila menarik diri di saat akhir kerana aku fikir aku tidak layak untuk bermain berbanding dengan Safere dan aku tidak mahu kehilangan kawan baik seperti Safere hanya kerana sebiji bola berharga RM50.00!.

No comments: