Thursday, November 30, 2006
Wednesday, November 29, 2006
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:38 AM
Tuesday, November 28, 2006
Johan kembali lagi
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:48 AM
Thursday, November 23, 2006
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:42 AM
Tuesday, November 21, 2006



Kami bermula pagi Sabtu dengan melaporkan diri di Balai Polis Kg. Raja dan terus ke Puncak Berinchang untuk meletakkan kereta Zafrul dan Aida yang melalui lereng-lereng bukit ladang the dan sampai pukul 11.00 pagi. Setengah jam sahaja di perlukan oleh aku untuk mengemaskan peralatan perkhemahan ke dalam bag Farrah dan aku berbanding Firdaus yang kononnya berpengalaman menaiki gunung hanya untuk mengemas bagnya sahaja terpaksa meminta pertolongan daripada Zafrul. Perjalanan ke puncak mengambil masa 5 jam dan kami berhenti sebanyak dua kali iaitu di permatang dan di Bukit Botak, jika diukur mengikut kilometer bukanlah jauh sangat cuma sekitar 3km tetapi perjalanan yang payah membuatkan ia terasa jauh. Sampai sahaja khemah dipasang dan aku terus memasak nasi dan kari ayam dalam tin di dalam khemah kerana hujan, dapat jugalah aku menunjukkan kepakaran memasak air dan Maggie kari kepada Farrah berbanding Firdaus hanya untuk membuka makanan dalam tin itupun tidak tahu. Kami tidak memasak nasi untuk perjalanan naik dan turun untuk mempermudahkan perjalanan.
Thursday, November 16, 2006
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
5:42 PM
2
comments
Tuesday, November 14, 2006
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:27 PM
0
comments
Tuan Z
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
5:36 PM
0
comments
Sunday, November 12, 2006
Kali ke enam
Akhirnya untuk bila kali ke enam ke Nuang aku betul-betul dapat melihat empangan Langat dengan jelas kerana sebelum ini amat terlindung oleh rimbunan buluh betong yang sangat banyak ataupun mungkin aku terlampau mengejar matlamat hingga tidak nampak keindahannya. Laluannya sudah sangat cantik berbanding kali pertama aku sampai 10 bulan yang lepas mungkin kerana pembersihan yang dilakukan oleh penganjur "climbthon" yang akan berlangsung pada 25 November 2006. Aku terkejut juga bila Marsha membawa Pacuan Empat Roda untuk sampai ke kaki gunung dan yang paling untung tentulah aku dan Firdaus dengan senang hati mengisi tempat duduk yang kosong. Kasihan Marsha kerana terpaksa "melayan" tetamu yang tidak diundang yang selalu sangat menghisap darahnya, barulah aku perasan pacat itu lebih gatal daripada Zafrul rupanya. Laluan Nuang amat gaban bagi kasut jenama Timberland kepunyaan Firdaus yang telah mencabut tapaknya walaupun kelihatan agak baru, terus aku nasihatkannya beli sahaja "adidas kampung" bernilai RM4.50 yang masih mampu bertahan walapun selepas bekerja untuk lima gunung. Zafrul akhirnya membuat keputusan yang tepat berdasarkan kata hatinya untuk berpatah balik walaupun belum sampai ke Kem Pacat walaupun dia tahu aku bersungguh mahu sampai ke matlamat hingga mengundang geruh dengan aku. Aku memfitnahnya berbuat begitu kerana mahu membalas dendam kerana tidak mahu mengajaknya untuk latihan di Tasik Perdana semalam tetapi itu semua silap kerana sebenarnya Zafrul telah mengambil kira banyaknya pokok-pokok baru yang tumbang dan dahan-dahan yang patah. Sebenarnya bukan hujan lebat yang ditakutkan oleh Zafrul tetapi angin ribut yang tidak berbaloi untuk dihadapi. Semalam aku hairan melihat begitu banyak manusia mengerumuni tapak ekspo Motorola semasa sedang mencari peralatan mendaki Gunung Irau di Mid Valley. Harga yang kononnya sangat murah itu masih lagi mahal, padahal aku cuma perlu membayar RM600.00 untuk model L7 di kedai Cellular Dynamic berbanding RM699.00 yang ditawarkan di situ!
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
6:14 PM
1 comments
Labels: Gunung
Friday, November 10, 2006
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:06 PM
0
comments
Thursday, November 09, 2006
Semenjak syarikat mengembangkan sayap perniagaan penyediaan makanan di Hospital Sg. Buloh, Ampang dan Bangi begitu banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Sudah lebih lima tahun bekerja di sini ini adalah pertama kali aku berurusan dengan Utusan Media dan Berita Harian untuk urusan pengiklanan jawatan kosong kerana sebelum ini kami hanya menggunakan khidmat jobstreet.com, jobsDB.com dan The Star. Mungkin agaknya dua suratkhabar ini merupakan kumpulan sasar pekerja yang dicari, namun itu bukanlah isu besar pada aku. Bila berbicara tentang cara bekerja Utusan Media Sales dan Berita Harian samalah membandingkan cara bekerja Tun Daim Zainuddin dan Syed Razak.Nampaknya aku semakin popular kerana Pengarah Urusan aku sudah mula pandai menyebut nama aku dalam mesyuarat mingguan yang selalunya diadakan pada hari Khamis di antara ketua jabatan. Sekarang aku telah diarahkan untuk menjaga segala kebersihan di jimnasium dan memastikan segala penyelenggaraan kemuadahan berjalan dengan baik dengan kos yang minima. Dia juga menyuruh aku mendaftarkan Astro dengan menggunakan nama aku untuk meminimakan kos pengurusan kerana kurangnya sambutan pekerja di sini untuk menjadi ahli.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
5:04 PM
0
comments
Wednesday, November 08, 2006
Semalam aku menerima ugutan sms daripada Encik Azam supaya tidak menulis tentang ketidakhadiran ke pejabat kerana pergi temuduga kerja. Beliau memberikan alasan bapa mithalinya lagi iaitu iaitu ketidakhadirannya adalah disebabkan menjaga Aus yang demam campak. Sebagai memenuhi tanggungjawab social warganegara Malaysia aku pun terpaksa melakukan “spot check” sebanyak yang perlu. Memang Encik Azam begitu mithali menjaga anaknya dan bukannya pergi ke temuduga kerja seperti nujuman aku, tapi seperti gambar pada badan Aus yang diambil semalam seperti tompok-tompok cucuh puntung rokok sahaja nampaknya!
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:51 AM
0
comments
Tuesday, November 07, 2006
Kalau hendak diikutkan hati busuk aku, mahu sahaja terbalikkan kontena yang menghantar suratkhabar “The Star” semalam. Mana tidaknya aku yang sudah lama mengikuti larian seluruh Semenanjung Emas ini jangankan perut, hidung aku pun tidak pernah masuk suratkhabar, tapi Zafrul yang separuh masak itu telahpun terpampang muka dan badannya di muka surat N24 semalam. Firdaus yang memasuki larian sejak dari bangku sekolah pun cuma nampak lengan kirinya sahaja. Zafrul menyuruh aku memujinya seperti Marsha memuji dia kelihatan laju berlari semasa gambar itu diambil padahal sebenarnya itu jurugambar itu tidak membetulkan “setting” ASA kameranya dengan betul. Jikalau mahu memuji diri sendiri aku nasihatkan lebih baik buat blog sendiri dan iklankan sahaja dalam tabloid KOSMO mesti seluruh Semenanjung akan membacanya kerana di sini bak kata Zubir tempat aku “membelasah” kawan-kawan aku.Entah kenapa lembab sangat aku mendapat “habuan” daripada apa yang aku lakukan, kalau dilihat Marsha yang kali pertama memasuki larian pun sudah mendapat medal berbanding aku yang terpaksa menunggu jarak masa seorang ibu mengandung. Rupanya Cikgu Rajan pula menyusul Bomoh Zain kemalangan motosikal hingga menyebabkan tulang tangannya retak hingga menyekat rancangannya ke Gunung Irau dua minggu lagi. Bomoh Zain yang patah tangan kanan dan satu tulang rusuk sudah pun dikeluarkan daripada Hospital Tapah minggu lepas namun Haji Nan masih lagi di Hospital Ipoh untuk rawatan terhadap lima tulang rusuknya yang patah.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:38 AM
1 comments
Sunday, November 05, 2006
Sama ada aku yang tidak pernah makan menu Capati Telur atau Cik Farrah yang tersilap minta bukanlah persoalan utama semalam bila kami makan di Restoran Kayu Nasi Kandar semalam selepas mengambil baju "T" di bangunan MPSJ. Mintalah apa sahaja di restoran mamak mesti mereka sediakan selagi boleh walaupun hampir mustahil untuk dilakukan seperti permintaan Cik Farrah hingga aku terpaksa memberikan empat bintang kepada restoran tersebut. Kalau pergi di Restoran Nara Tomyam Pantai Dalam hanya minta sedikit cili api pun dengan sombongnya mereka kata tiada dalam menu, mahu beli ayam golek separuh disoalnya kita pula siapa yang mahu beli lagi separuh! maka itulah hari terakhir aku singgah ke situ.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:25 AM
0
comments
Labels: Larian
Friday, November 03, 2006
Sekadar menyimbah minyak
Anonymous has left a new comment on your post "Yang paling untung ialah Encik Fadhli dan Encik Azam.":
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:03 AM
0
comments
Thursday, November 02, 2006
Yang paling untung ialah Encik Fadhli dan Encik Azam
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:35 AM
1 comments
Wednesday, November 01, 2006
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
2:37 PM
0
comments




