Thursday, November 16, 2006

Rupanya tulisan sepanjang tiga baris membelasah Azam dan Fadhli semalam memberi kesan yang besar kepada Azam. Azam tiba-tiba menyuruh aku mengisi borang untuk tujuan membeli komputer yang baru kerana konon-kononnya yang ada sekarang sudah tidak sesuai dengan perisian Kaizen HR. Puas sudah bersangka baik dengan Azam namun tidak mampu bila melihatnya asyik tersenyum makrifat sepanjang hari dan ditambah pula dia sepatutnya menggantikan komputer ini sebelum memasukkan perisian Kaizen HR lagi dan setahu aku bajet untuk 2006 telahpun digunakan sepenuhnya. Aku berfirasat Azam mahu menggodam komputer aku demi mencari kata laluan ke blog ini langsung menamatkan riwayat blog ini. Tapi syukur dengan peengetahuan yang sedikit ini aku sekarang sudah memuat turun segala fail-fail penting ke Google Docs & Spreadsheets untuk di simpan di “server” tersebut. Sebenarnya Azam dan Fadhli itu bukanlah sehebat seperti apa yang diceritakan dalam resume mereka kerana masalah masa yang lewat 10 minit di hampir semua komputer pejabat ini pun tidak dapat diselesaikan dan mewujudkan pelbagai alasan seperti bateri di “bios” telah habis tapi aku lihat tidak pernah ada usaha untuk menggantikannya. Fadhli dilihat tidak senonoh kerana sebagai penganjur “pot luck” hari ini cuba untuk makan sebanyak mungkin untuk mendapatkan wang dikeluarkan olehnya. Cuma terlewat tujuh minit daripada jadual asal sudah tiada langsung satay yang tinggal dipinggan, syukur masih ada bihun yang sangat sedap hingga terasa ke tulang sum-sum.

2 comments:

Anonymous said...

Tentang jam pc tu saya sokong, kadang 2 saya terlambat datang office seolah-olah tertipu dng jam pc ni, maka saya pun taklah isi form latecomers, terlewat balik tu biasa lah tapi tak tahan juga bini saya membebel walau pun 10 minit, tapi macam2 boleh berlaku dalam 1 minit, saya pun berharap masalah ini dapat diselesaikan oleh mis kita.

Anonymous said...

New IT policy will be implement to make sure all the computer time, cannot be changed. This rule will be come out soon to avoid end user changed computer time especially PC behind Encik Wafi ( PC Card Access System )

Thank You

ITS Dept