Monday, January 15, 2007

Entah sudah berapa pagila aku asyik mendengar kata-kata mutiara Dr. Fadzilah Kamsah itu daripada mulut Azam, rasanya di ketika itu aku rasakan malaikat itu sedikit lebih baik daripadanya. Mana tidaknya entah dari mana auranya hingga dia boleh bercerita tentang mental, nasib, rezeki dan sentiasa bersangka baik kerana kalau sebelum ini hendak menceritakan kod html pun tergagap-gagap. Namun itu masih belum dapat lagi mengubah pandangan aku terhadap sms yang diterima minggu lalu dan berazam untuk menjadi budak jahat selepas ini walaupun rasanya aku bukanlah baik pun sebelum ini. Namun nasihat Azam itu berjaya juga membuka hati aku supaya tidak terus menutup blog ini selamanya kerana bimbang pula berlaku rusuhan di Taman Desa setelah ditutup tiga hari. Namun nasihat itu sangat baik kalau hendak dibandingkan dengan nasihat Mat Khairi, kerana rasanya lebih baik terus sahaja minta dengan Ifrit kerana semua nasihatnya sedikit lebih baik daripada Ifrit. Semalam aku dan Zubir berkunjung ke CONVEC untuk melihat sendiri Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam begitu banyak umat manusia yang datang melihat pameran tersebut hingga di sambung untuk sebulan lagi. Entahla bila melihat begitu ramai wanita yang berkunjung ke situ niat aku mahu melihat tamadun Islam itu akhirnya dengan sendirinya bertukar menjadi niat mencari jodoh pula.

No comments: