Monday, January 22, 2007

Masih terasa sengal lagi seluruh badan dan sudah lari semua “alignment” Datsun 120y aku angkara Great Eastern 30K Pacesetters Run semalam. Nampaknya Farrah masih marahkan aku dan berjanji akan membalas dendam kerana meninggalkannya berbanding janji-janji manis yang ku tabur akan sentiasa bersamanya hingga ke akhir garisan penamat sebelum ini. Mungkin aku dirasuk Ifrit agaknya kerana dapat menghabiskan 30.1km dalam masa 2 jam 42 minit atau bersamaan 5.4 minit untuk satu kilometer untuk laluan paling sukar setakat ini dimana 80 peratus adalah laluan bukit. Aku tidak pasti aku berada di tempat ke 126 ataupun 162 kerana kepenatan yang amat sangat, namun masih lebih baik daripada Zafrul di tempat ke 475 dan Farrah di tempat 48 yang di tinggalkan lebih 30 minit di mana keputusan rasmi akan di edarkan dalam masa 12 minggu. Sebenarnya catatan masa itu lebih baik daripada masa yang dibuat untuk 22.3km, 21km, 10km mahupun 7km oleh aku sendiri mungkin disebabkan oleh teknik “land toe”, diet seimbang, ketepatan latihan atau mungkin nasihat Dr. Benette 3 tahun lepas supaya menjadikan bukit itu sebahagian daripada diri aku.
-
Hari ini tamatlah “kontrak” seteko air teh susu setiap pagi oleh aku semenjak ketiadaan Kak Kiah yang berhenti wajib 2 tahun lepas. Tempatnya akhirnya digantikan juga oleh Kak Ita untuk memenuhi keperluan mendesak semasa. Untuk tempoh itu juga mandrem aku masih gagal menundukkan Ros yang selalu minum air tersebut walaupun dia mengetahui niat murni aku dan memberi galakan supaya aku mencuba di lain kali.
-
Sewaktu menunggu Shida di stesen PUTRA LRT Wangsa Maju yang mahu aku menemankannya membeli keperluan MASUM di Alpha Angle sabtu lepas sempat jugalah aku menjadi pegawai gaji “sampingan” yang tidak bergaji kepada kakitangan PUTRA LRT. Dalam pemerhatian aku dalam masa 10 minit, 3 tiket bermagnet pergi balik akan di “reject” oleh mesin dan pemeriksa tiket akan menyuruh pelanggan melalui di jalan tiket manual seolah-olah tiket bermagnet tersebut rosak walhal isian duit hanya untuk perjalanan balik sahaja. Jika secara purata untuk 8 jam tempoh bekerja 144 tiket akan di “mainkan”, katakanlah tiket bermagnet RM2.00 dimainkan ini bermakna RM1.00 akan masuk ke poket dan setelah di bahagi dua kepada pembuat tiket dan pemeriksa tiket dalam sehari keuntungan bersih mereka ialah sebanyak RM72.00 dan jika mereka bekerja untuk 20 hari mereka akan mendapat gaji sampingan berjumlah RM1440.00 tanpa dipotong cukai, KWSP dan Socso.

1 comment:

Anonymous said...

you are one of the very few persons i HATE the MOST at this moment....!!!! hihi. congrates anyway. u deserve it.