Wednesday, January 10, 2007

Selepas Cyberjaya dan Kepong, aku "dipinjamkam" ke Sg. Buloh yang semalam sedikit huru-hara semasa sesi temuduga. Letih juga melayan karenah pencari kerja yang tidak tahu mengisi borang tetapi itu bukanlah masalah besar pada aku, kerana yang paling aku benci sekali perangai manusia mangkuk ayun seperti Syafie yang tidak mahu mengisi borang secara penuh dengan alasan semuanya telah tertulis dalam resumenya walaupun setelah dua kali diingatkan. Sudahlah kedatangannya seperti mahu meminta pekerjaan seperti penyanyi rap hingga aku terpaksa menyuruh dia datang semula hari ini "membetulkan" rambutnya, mahu sahaja aku koyakkan borang tersebut di depannya. Sedikit fobia bila mengenangkan Sg. Buloh kerana inilah antara tempat yang paling di elakkan oleh aku di planet bumi. Kali terakhir singgah ke sini ialah dua tahun lepas sewaktu menghadiri pengkebumian Pakcik Yusof di atas permintaan Makcik Mahani itupun masih sempat Wati mencuri masa "membelasah" aku kerana datang ke situ. Mujur juga aku sempat menunaikan hasratnya yang sedang sakit barah hati itu berjumpa aku dua minggu sebelum itu jika tidak akan menanggung kesal sepanjang hayat. Dikesempatan itu juga aku minta "dilepaskan" kerana sudah tiada jodoh dengan anaknya walaupun arwah beria-ia mahu menyatukan kami dengan alasan masalah itu boleh diselesaikan kerana tiada orang ketiga.

No comments: