Friday, January 12, 2007

Semalam perisian Kaizen HR telah beroperasi sepenuhnya untuk aku menjalankan rutin tugasan namun malangnya ia melambatkan perjalanan komputer aku dan mungkin Azam yang paling suka kerana akan menyusahkan aku untuk mengemaskini blog setiap hari demi membelasah dia. Rasanya selepas ini Azam tidak perlu bersusah payah untuk menyekat aku kerana aku dalam perkiraan mahu menutup blog ini kepada umum. Kiriman sms malam tadi daripada seorang kawan menyebabkan penyakit tidak boleh tidur aku berulang kembali, cukuplah sudah aku bergaduh dengan doktor untuk meminta ubat tidur ataupun memakan ubat “traveling sickness” sebagai ganti. Mungkin dengan menutup blog ini aku dapat “melepaskan” masalah aku dengan menulis rencana yang lebih bersifat peribadi.

No comments: