Thursday, January 18, 2007

Penjualan kesemua saham syarikat oleh Azam tadi sudah cukup mendalilkan memang dia sudah mendapat kerja lain kerana dia sepatutnya menunggu harga mencecah RM2.50 bukannya RM1.93. Setakat hari ini sebanyak 26 surat pengesahan jawatan telah di buat untuk Bank Rakyat dan Kobena jika di ambil secara purata seorang meminjam RM10,000.00. bermakna sejumlah RM260,00.00 akan bertukar tangan dari bank ke peminjam. Jika di kalikan kepada 15 buah syarikat yang bertapak di sini bermakna lebih kurang RM3.9 juta jumlah transaksi yang akan berlaku bulan ini sahaja. Apa yang membuat aku bengang sangat dengan sikap pegawai bank yang tidak bertimbang rasa memaksa kakitangan menyediakan semua dokumen dalam tempoh yang tidak munasabah jika tidak tiada peluang kedua hinggakan hidup aku juga huru-hara walaupun tidak meminjam. Tidakkah pegawai bank ini menyedari kakitangan di sini adalah pelanggan mereka yang harus dihormati kerana memberikan perniagaan kepada mereka? Rundingan mengenai aku di Sg. Buloh telah menemui jalan buntu kerana langkah mengikut "kebiasaan" akan di ambil bermula besok, mungkin belum ada rezeki agaknya ataupun ini adalah titik permulaan buat aku, cuma aku sahaja yang bangang tidak pernah mengerti!.

No comments: