Friday, January 26, 2007

Saham sudahpun melepasi sumpahan RM2.20 pada tiga tahun lepas dengan paras mencecah RM2.30 semalam yang mana pernah menjunam hingga RM0.50 sebelum ini. Akhirnya Azam bersetuju dengan tindakan Yahudi aku dan masih menyesal tidak terhingga kerana jangankan “sport rim”, “body kit” pun mampu dibeli dengan harga tersebut. Azam “memujuk” aku menjual saham yang ada kerana kononnya harga akan menjunam lagi. Bila bercerita tentang saham susah untuk membuat jangkaan mungkin harga yang stabil semalam disebabkan kurangnya jumlah transaksi yang berlaku walaupun pada harga yang tinggi kerana ramai yang sudah menjual saham tersebut pada harga RM1.70-RM1.95.
-
Keuntungan RM0.29-RM0.49 seunit itu lebih baik daripada pelaburan 2 tahun 6 bulan yang aku buat di Saham Amanah SBB Mutual hanya meningkat RM0.19 yang telahpun aku jual semalam. Penjualan itu hanya dapat dibuat selepas pergi di tiga cawangan Southern Bank Berhad sekitar Petaling Jaya kerana karenah birokrasinya. Setelah dikaji rasanya lebih baik menyimpan di dalam Amanah Saham Bumiputra dengan keuntungan minimum 7% setahun ataupun melabur dalam RR Venture syarikat cap Ayam kepunyaan Azam.
-
Terkejut yang amat sangat bila permohonan permit mendaki Gunung Korbu pada 1-4 Febuari 2007 daripada Pejabat Hutan Kuala Kangsar telahpun diluluskan dalam masa sehari. Namun tidaklah aku terkejut dengan memo yang dikeluarkan semalam mengkehendaki aku bekerja pada hari yang sama aku ke Gunung Korbu demi pelancaran kondo baru berhampiran Hospital Taman Desa. Ini kerana dapatlah juga aku membalas dendam dengan menolak “pelawaan” itu sebagaimana penyelesaian mudah yang di buat untuk aku di Sg. Buloh.
-
Menurut mentorku Azrin, blog bergambarnya yang lebih-lebih awal di buka daripada sudahpun melepasi 2000 pengunjung. Aku kira Azrin memang tidak pernah melihat blog aku agaknya kerana masih marah pada aku tidak memberi “credit” di atas ajarannya secara lisan mahupun secara tulisan dalam blog ini. Tidakkah dia tahu bahawa jumlah pengunjung blog mengutuk Azam ini cuma agak berkurangan seminggu yang lalu ialah kerana Nik Shafini bercuti pulang ke kampung namun jumlah pengunjung yang datang masih jauh lebik baik daripada blognya.

No comments: